Piala Sumbangsih 2007/08

Bersama Yong Ayu

Semua peminat bola sepak Liga Malaysia mengetahui bahawa satu perlawanan Piala Sumbangsih akan diadakan pada awal musim bagi menandakan bermulanya musim baru Liga Malaysia.

Untuk edisi 2007/08 perlawanan pembukaan tersebut akan diadakan pada 3 November 2007.(tertakluk kepada perubahan jadual) Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FAM pula, dua pasukan yang akan terlibat dalam perlawanan pembukaan seperti itu ialah juara Liga Super bertemu dengan juara Piala Malaysia.

Oleh kerana Kedah merupakan juara bagi kedua-dua piala tersebut, maka ada kemungkinan naib juara Piala Malaysia/Liga Super iaitu Perak akan dipilih untuk bertemu dengan Kedah nanti.

Saya lebih suka jika Perak dipilih untuk bertemu dengan Kedah dalam Piala Sumbangsih daripada dipilih mewakili Malaysia ke kejohanan AFC. Saya katakan begitu kerana jika Perak ke kejohanan AFC, maka ia akan melibatkan perbelanjaan yang banyak serta perjalanan yang amat jauh.

Ini sudah tentu menjejaskan kantung Perak FA, melibatkan jadual yang ketat dan para pemain akan terlibat dengan terlalu banyak perlawanan yang sudah tentu amat memenatkan. Jika Perak dipilih untuk bertemu dengan Kedah dalam Piala Sumbangsih, maka Perak dihidangkan peluang untuk membalas dendam di atas kekalahan yang dialaminya ketika bertemu dengan Kedah di peringkat pusingan kedua Piala FA dan di peringkat akhir Piala Malaysia.

Jika ini benar-benar berlaku, saya ingin membuat cadangan supaya pihak pengurusan Perak FA cuba memohon kepada FAM supaya perlawanan Piala Sumbangsih itu diadakan di Stadium Perak, Ipoh.

Walaupun Perak akan dikatakan mempunyai sedikit kelebihan kerana bermain di tempat sendiri, namun pasukan Kedah tidak akan ketandusan penyokong kerana jarak antara kedua negeri tersebut hanyalah dalam lingkungan 160 KM sahaja.

Sudah tentulah penyokong-penyokongnya akan turut mengiringi para pemain mereka ke Stadium Perak sepertimana yang mereka lakukan pada musim yang lalu.

Selanjutnya saya ingin merujuk pula kepada berita yang tersiar dalam Akhbar Kosmo bertarikh 19 Sepbember 2007 dengan tajuk “Indra, Hardi balik Perak?”. Berita tersebut sangat menyentuh perasaan halus saya kerana selama ini saya sangat mengharapkan agar kedua-dua pemain yang berasal dari Ipoh, Perak itu kembali ke pangkuan Perak setelah lama berkelana di negeri orang.

Sementara kudrat anda masih mampu membuat sumbangan, baliklah ke negeri asalmu dan bantulah pasukan mengejar kejuaraan dalam Liga Malaysia 2007/08. Kami para penyokong pasukan Seladang sangat mengalu-alukan penyertaan kalian dalam pasukan Perak.

Dengan adanya kedua pemain penting tersebut, maka mungkin musim baru nanti Perak mampu menjadi juara dalam ketiga-tiga kejohanan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Pada musim lalu, Perak hanya menjadi naib juara bagi Liga Super dan Piala Malaysia.

Dengan adanya kedua-dua pemain tersebut juga, pasukan kita akan menjadi lebih mantap dan digeruni oleh pasukan lain. Jika Perak banyak menempa kemenangan, maka para penonton akan semakin ramai datang ke stadium untuk memberikan sokongan.

Walaupun sokongan mereka selama ini tidak mengecewakan, tetapi dengan pasukan Perak mencipta kemenangan demi kemenangan, kehadiran mereka akan meningkat sekali ganda lagi.

Yong Ayu – seladang.net

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Sumbangsih 2007/08

  1. MOURINHO

    ADE X SAPE2 YG BLEH KONFIRM PASEI INDRA & HARDI....DEME NI MMG BAGUIH....BAGUIH DALAM TEMPOH PLG KURANG 3 THN LAGI.....HRP STEVE DARBY TERUIH USAHA PIKAT DEME BERDUE MAIN NGAN PERAK....KLU DPT ZAMANI PUN BAGUIH JGAK....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anakperak86

    terima kasih yong ayu atas artikel tu

    bg teman ler, perlawanan piala sumabngsih ni antara kedah dgn perlis. sbb aper teman ckp begitu. cuba kita balik pd musim selangor juara treble pd 2005, perak dipilih utk beerlawan dgn selangor wlpn ketika itu perlis naib juara piala malaysia dan juara liga super. jd kalo ikut trend mcm tu, perlis la yg lyk lwn kedah atas kapasiti sbg naib juara piala fa spt perak dulu.

    tp x tau ler kalo ader perubahan sbb org yg lama pun dh ditukor..

    tu jer sekian terima kasih...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.