Pengumuman!

Foxkeh banners for Firefox 2

Adalah dimaklumkan kepada semua pengunjung bahawa pihak kami telah menerima beberapa email dari ahli-ahli yang telah berdaftar menyatakan kesukaran untuk melayari laman web ini.

Masalah timbul apabila mereka melayari laman web ini ataupun ‘login’ dengan menggunakan Internet Explorer 7 yang mempunyai masalah ‘loading’ yang terlalu perlahan walaupun menggunakan talian Broadband Streamyx.

Untuk itu pihak kami menyarankan anda untuk menggunakan browser Firefox 2 yang telah diuji mempunyai lebih sehingga 50% daya kepantasan untuk melayari laman web seladang.net berbanding dengan Internet Explorer 7.

Terima Kasih
admin[@]seladang.net

Info tambahan:

Contoh Kalender sidebar yang terdapat pada Firefox 2 seperti dibawah

Firefox 2 Kalender

Jika anda menggunakan browser Firefox 2, anda boleh mengakses masuk ke artikel-artikel yang lalu dengan hanya menekan butang di dalam bulatan merah tersebut tanpa perlu refresh browser anda.

Di dalam kotak biru pula ialah antara artikel-artikel yang disiarkan pada bulan tersebut. Laman web ini banyak menggunakan aplikasi web AJAX.

Ajax, or AJAX (Asynchronous JavaScript and XML), is a web development technique used for creating interactive web applications. The intent is to make web pages feel more responsive by exchanging small amounts of data with the server behind the scenes, so that the entire web page does not have to be reloaded each time the user requests a change. This is intended to increase the web page’s interactivity, speed, functionality, and usability.

Secara teorinya sistem ini mempercepatkan loading sesuatu laman web itu tanpa perlu untuk refresh pada browser anda. Malangnya sistem ini mengalami banyak kesukaran atau ‘bug’ untuk di implimentasikan dengan browser Internet Explorer 7 keluaran Microsoft. Sistem AJAX ini lebih sesuai digunakan dengan Firefox 2 yang dimajukan oleh Mozilla Corporation.

Likes(0)Dislikes(0)