Posted in Umum on September 17th, 2007 19 Comments »
Setelah musim TM Liga Malaysia 06/2007 berakhir pada 8 September 2007 yang lalu, kini tibalah masanya untuk para peminat semua menilai kembali prestasi pemain-pemain yang telah beraksi pada musim yang lalu dengan undian dibawah.
Pemain yang tidak wajar berada di dalam skuad Perak untuk TM Liga Malaysia musim 07/2008
Para pengunjung dan peminat bolasepak Perak boleh memilih sesiapa sahaja pemain yang difikirkan tidak sesuai lagi untuk menyarung jersi Perak pada musim baru nanti.
Beberapa pemain seperti Kamarul Effandy, Kartik, Razali Umar, Noor Azrul dan lain-lain tidak dimasukkan di dalam undian tersebut kerana mereka hanya dipinjamkan dari skuad Presiden dan bukannya pemain tetap di dalam skuad utama Perak.
Undian adalah rahsia dan hanya terbuka kepada mereka yang telah berdaftar sahaja.
Terima Kasih
admin Continue reading
Posted in Umum on September 12th, 2007 1 Comment »

Rata-rata penyokong skuad Seladang berasa amat kecewa di atas kekalahan 0–3 di tangan Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia edisi 2006/07 pada 8 September 2007 yang baru lalu.
Namun begitu kekecewaan tersebut sedikit terubat kerana pasukan Perak masih diberi pengiktirafan ekoran memperolehi 5 daripada 12 anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Anjuran 100 Plus. Jumlah tersebut sama dengan jumlah yang dimiliki oleh pasukan Kedah.
Anugerah-anugerah yang dimenangi itu adalah seperti berikut:

Kekalahan yang dialami oleh pasukan Perak adalah wajar kerana rata-rata pemain yang diturunkan dalam perlawanan pada malam itu mengalami keadaan yang amat meletihkan. Oleh itu mereka tidak berdaya memberikan persembahan yang baik dan mantap bagi menyekat hajat Kedah menggondol kejuaraan ketiga dalam semusim.
Semuanya ini adalah Continue reading
Posted in Umum on September 10th, 2007 16 Comments »
Dengan rasa sukacita dimaklumkan, pihak kami bercadang untuk menyediakan DVD perlawanan akhir antara pasukan Perak melawan Kedah yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 September 2007 yang lalu.
Antara yang terkandung di dalam MENU DVD tersebut ialah.
1) Perlawanan akhir Piala Malaysia 06/2007.
2) Penyampaian hadiah Piala Malaysia 06/2007.
3) Rangkuman jaringan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 06/2007.
4) Temubual pemain terbaik perlawanan Victor Andrag dan jurulatih Azrai Khor.
5) Koleksi Foto sepanjang perlawanan akhir tersebut ( dari jurufoto profesional ).
6) Video Klip Khas “We Are The Champion” untuk pasukan Kedah Darul Aman.
7) Statistik Penuh Individu - edit on 12 September 2007
Kualiti gambar video, menu, foto, montage dan lain-lain yang terkandung di dalam DVD ini sangat memuaskan hati serta di buat dengan penuh ketelitian dan berkualiti oleh tenaga kerja pihak seladang.net yang berpengalaman lebih Continue reading

TM Piala Malaysia FINAL
Sabtu 8 Sept 2007
Perak Vs Kedah
Stadium Nasional Bukit Jalil,
8.45 PM
Keputusan Penuh:
Perak 0 - 3 Kedah
Kedah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik di dalam TM Liga Malaysia apabila berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 3 gol tanpa balas pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia malam tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Khyril Muhymeen membuka tirai jaringan pada minit ke 25 setelah menerima hantaran dari Marlon Alex James dan memperdayakan Azlan Zainal sebelum merembat masuk gol pertama Kedah.
Seminit selepas itu, Marlon Alex James pula merembat masuk gol kedua pasukan Kedah dari luar kotak penalti setelah menerima hantaran pendek dari Hasmawi Hassan untuk menceriakan ribuan penyokong pasukan hijau kuning yang hadir pada malam itu.
Pada minit ke 29, Khalid Jamlus terpaksa dikeluarkan Continue reading