Khabar Angin !!

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang, begitulah perumpamaan yang sering diungkapkan apabila sesuatu khabar angin itu bertiup. Dan buat pertama kalinya pihak kami ingin memaklumkan kepada semua tentang suatu perkabaran yang diterima dari sumber tidak rasmi kami baru-baru ini.

Diharap pembaca semua dapat menilai berita ini dengan sebaik-baiknya serta tidak menjadikan perkara ini suatu isu yang besar kerana berita yang kami terima ini tidaklah dapat dipastikan kesahihannya.

Pada hari Rabu 26 Januari 2005, Telekom Malaysia Berhad telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Super League Sdn. Bhd sebagai penaja rasmi untuk Liga Malaysia bagi musim 2005/2007.

Penajaan ini telah diusahakan oleh ‘Orang Lama’ di dalam badan induk bolasepak Malaysia suatu masa dahulu. Berikutan pelantikan ‘Orang Baru’ pada Kongress FAM baru-baru ini, TM di lihat tidak lagi berminat untuk menaja Liga Malaysia bagi musim 07/2008 nanti disamping kontrak mereka yang bakal berakhir penghujung tahun ini.

Untuk menambah rencah kepada khabar angin ini, Berita Harian Online telah melaporkan tentang keluhan kapten pasukan TMFC, Hardi Jaafar yang bakal kehilangan majikan mereka setelah TMFC bercadang untuk menarik diri dari persaingan Liga Malaysia musim baru nanti.

Penarikan diri TM dari menaja Liga Malaysia ini telah dijangka berikutan perlantikan baru naib presiden FAM iaitu Khairi Jamaludin (pengurus My Team) yang dikatakan mampu membawa penaja yang lebih baik untuk musim baru 07/2008.

Keluhan Hardi Jaafar berkemungkinan tidak kekal lama apabila dia mungkin akan dilamar oleh My Team untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan itu yang akan membuat penampilan sulung dipersaingan Liga Super musim depan.

Antara penaja baru yang dijangka mewarnai Liga Malaysia musim depan ialah dari Scomi Group, Air Asia, Adidas dan Berjaya Corporation. Tidak mustahil jika kita bakal melihat promosi jualan Hotlink di venue perlawanan Liga Malaysia musim depan sebagaimana yang berlaku kepada Pemilihan Karnival My Team 2.

Disclaimers: Berita yang kami siarkan ini adalah dari maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, namun anda dinasihatkan supaya mempertimbangkan ketelusan berita ini tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak.

admin[

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Khabar Angin !!

  1. asraf

    he he he,muskil teman pasey si kj ni,byk beno politiknya. tapi pasey bolasepak,teman letak tepi prejudis tu. bab si hardi tu,tak yakin teman dia nak balik perak pun,kj tentu offer baik untuk join my team.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Boleh saudara jelaskan dengan kelab mana beliau bermain serta sumber-sumber yang berkaitan.

    admin(@)seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.