Kecewa Yang Sedikit Terubat

Bersama Yong Ayu

Rata-rata penyokong skuad Seladang berasa amat kecewa di atas kekalahan 0–3 di tangan Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia edisi 2006/07 pada 8 September 2007 yang baru lalu.

Namun begitu kekecewaan tersebut sedikit terubat kerana pasukan Perak masih diberi pengiktirafan ekoran memperolehi 5 daripada 12 anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Anjuran 100 Plus. Jumlah tersebut sama dengan jumlah yang dimiliki oleh pasukan Kedah.

Anugerah-anugerah yang dimenangi itu adalah seperti berikut:
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Anjuran 100 Plus

Kekalahan yang dialami oleh pasukan Perak adalah wajar kerana rata-rata pemain yang diturunkan dalam perlawanan pada malam itu mengalami keadaan yang amat meletihkan. Oleh itu mereka tidak berdaya memberikan persembahan yang baik dan mantap bagi menyekat hajat Kedah menggondol kejuaraan ketiga dalam semusim.

Semuanya ini adalah gara-gara jadual yang disusun oleh pihak penganjur yang tidak berapa sesuai dan tersangat ketat. Ini tidak bermakna saya cuba menidakkan kekentalan Kedah yang sama mengalami keadaan yang serupa. Kedah sebenarnya dibarisi oleh hampir 70% pemain muda tetapi sebaliknya bagi pasukan Perak.

Jadual yang tidak sesuai saya maksudkan ialah ekoran FAM hendak menyelaraskan dengan jadual Piala Asia, CYC dan Pestabola Merdeka. Setelah sesebuah pasukan itu mendapat rentak, tiba-tiba ia dihentikan untuk tempoh 3 minggu bagi memberi laluan kepada kejohanan CYC dan sebulan untuk memberi laluan kepada Piala Asia serta 2 minggu untuk Pestabola Merdeka.

Setelah pertandingan disambung semula, ia terpaksa pula dihabiskan dengan cepat bagi mengelakkan daripada bertembung dengan bulan Ramadhan. Dengan keadaan demikian, momentum para pemain tentu tidak dapat dikekalkan.

Jadual yang sangat ketat pula saya maksudkan kepada jadual peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir TM Piala Malaysia. Sudahlah terpaksa menempuh jadual yang ketat, Perak terpaksa pula berhadapan dengan dua buah pasukan yang sangat liat untuk dikalahkan iaitu Perlis di peringkat Suku Akhir dan Sabah di peringkat Separuh Akhir.

Keempat-empat perlawanan tersebut memerlukan kerahan kudrat yang amat sangat. Tambahan pula pasukan Perak harus memenuhi matlamat untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir kerana telah empat tahun berturut-turut dikecewakan oleh kedua-dua pasukan tersebut. Ini bermakna mereka terpaksa bermain secara bermati-matian pada perlawanan tersebut.

Bolehlah saya simpulkan di sini bahawa pasukan Perak menjadi ‘mangsa’ jadual dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Dengan memperkenalkan peraturan hanya sekali sahaja bermain di peringkat pusingan pertama dan kedua bagi Piala FA, maka Perak telah terlepas peluangnya untuk membalas kekalahannya di tangan Kedah 0-1.

Begitu juga dengan menangguhkan jadual pertandingan Liga Super (yang tinggal 2 perlawanan sahaja lagi), Perak telah terlepas peluang untuk menjuarai Liga Super gara-gara kehilangan rentak dan berkeputusan seri dengan Terengganu ditempat sendiri.

Akhir sekali dengan mengadakan jadual perlawanan yang begitu ketat bagi saingan Suku Akhir dan Separuh Akhir serta tempoh yang sangat rapat antara peringkat Separuh Akhir dengan Akhir Piala Malaysia (hanya 4 hari sahaja), Perak telah terlucut Piala tersebut daripada genggamannya.

Sudahlah jadual yang diatur begitu ketat, pasukan Perak pula terpaksa terbang ke Kuching dan ke Tawau untuk bertemu dengan Sarawak dan Sabah lantas menyebabkan pemain mengalami keletihan yang dipanggil ‘Jet Lag’.

Jadual perlawanan yang terpaksa ditempoh oleh Perak adalah seperti berikut:

7 perlawanan terakhir skuad Perak

Para peminat pasukan Perak usahlah gusar kerana saya yakin pasukan kita akan lebih menyerlah lagi pada musim yang akan datang setelah pihak pengurusan, terutamanya Jurulatih mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku pada musim ini.

Untuk musim yang akan datang, saya ingin memberikan 3 saranan di sini yang mungkin boleh diaplikasikan kepada skuad Perak.

1. Elakkan daripada menurunkan pemain-pemain penting (terutamanya striker) dalam semua perlawanan. Hanya perlawanan-perlawanan yang dianggap penting sahaja mereka ini diturunkan. Ini kerana mereka memerlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan rentak dan stamina.

2. Hendaklah kerap menurunkan pemain-pemain muda yang berpotensi seperti Fakri Saarani, S. Subramaniam, R. Surendran, Razali Umar, Kartik dan lain-lain lagi agar mereka mendapat pendedahan yang secukupnya.

3. Terapkan di kalangan para pemain supaya mengamalkan budaya permainan bolasepak yang bersih dan penuh berdisiplin. Elakkan daripada bermain secara robust, kasar atau memprovokasi lawan kerana pada akhirnya mengundang padah kepada pasukan dan diri sendiri.

Yong Ayu – seladang.net

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Kecewa Yang Sedikit Terubat

  1. anakperak86

    assalamuaikum sumer

    terima kasih yong ayu atas tulisan miker

    mmg ler pahit bebenor kekalahan ni. tp aper nk buat rezeki kita sampai sini. aper2pun teman harap steve darby dan pengurusan PAFA dpt buat post-mortem habis-habisan benda ni. yg penting kita sbg penyokong pasukan perak kesygan kita ni, kena la nyokong x kira mcm mana.

    ipoh mali talak sombong

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.