feed rss2

Info

Seorang pemain bolasepak pasukan Perak yang juga bekas pemain kebangsaan telah ditangkap khalwat bersama pasangannya oleh sepasukan anggota dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan kesebuah hotel di Bukit Bintang pada pukul 7.30 pagi tadi.

Difahamkan beliau akan didakwa di Mahkamah Syariah esok hari, Jumaat 28 September 2007.

sumber: koresponden

Info tambahan:
Jumaat 28 September 2007.

Berita keputusan Mahkamah Syariah ini tidak dapat diberikan liputan oleh para wartawan apabila mereka kesemuanya telah tersilap informasi. Wartawan telah menunggu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur manakala pemain tersebut dibicarakan di Mahkamah Syariah Putrajaya.

Pemain tersebut dan dua rakan beliau serta dua lagi wanita yang terlibat telah mengaku bersalah dihadapan hakim Mahkamah Syariah Putrajaya. Pemain tersebut dikenakan denda RM2900 manakala rakannya pula RM3000 kerana telah mengaku menjadi perancang kepada perlakuan ini.

5 Responses to “Info”

  1. on 28 Sep 2007 at 5:40 pmYob Utara

    Kawin je yob, apa dibuat rupe itu

  2. on 28 Sep 2007 at 5:48 pmrazlan

    bulan mulia ni pun nak buat keje2 terkutuk… apa nak jadi

  3. on 28 Sep 2007 at 6:54 pmanas

    Rasanya teman tahu siapa orangnya…tapi memandangkan admin tak maklumkan siapa jadi teman tak berani nak highlight nama dia kat sini.

    Kalau admin tak tahu siapa orangnya teman boleh inform.

  4. on 28 Sep 2007 at 7:13 pmwebmaster

    Pihak kami telah pun menerima laporan penuh tentang perkara ini dan berita ini bukanlah rekaan semata-mata. Oleh itu tidak timbul soal samada pihak kami tidak mengetahui siapa pemain yang terlibat.

    Pihak kami tidak mahu menyiarkan nama beliau adalah kerana ingin menjaga aib pemain tersebut kerana beliau adalah seorang muslim dan seorang pemain yang cukup terkenal. Cukuplah sekadar berita ini diketahui umum dan tak perlulah dipanjangkan siapakah pemainnya disini.

    Disini juga pihak kami ingin mengingatkan kepada anda semua yang tindakan tegas akan diambil iaitu ‘BAN’ username anda jika didapati dengan sengaja atau tidak sengaja mendedahkan identiti pemain tersebut.

    Manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kita sewajarnya bersama-sama menjadikan perkara ini sebagai iktibar dan panduan dimasa hadapan.

    admin

  5. on 10 Oct 2007 at 8:43 amsEcoNd heARtbEAt

    haha..
    kalau perkara macam ni,semua orang tahu siapa punye kerja…
    dia ni main bola ok je…
    tp perangai teruk sket…
    jangan rosakkan reputasi perak sudah la yop…
    kecewa teman…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]