DVD Eksklusif – Final TM Piala Malaysia 06/2007

Dengan rasa sukacita dimaklumkan, pihak kami bercadang untuk menyediakan DVD perlawanan akhir antara pasukan Perak melawan Kedah yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 September 2007 yang lalu.

Antara yang terkandung di dalam MENU DVD tersebut ialah.

1) Perlawanan akhir Piala Malaysia 06/2007.
2) Penyampaian hadiah Piala Malaysia 06/2007.
3) Rangkuman jaringan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 06/2007.
4) Temubual pemain terbaik perlawanan Victor Andrag dan jurulatih Azrai Khor.
5) Koleksi Foto sepanjang perlawanan akhir tersebut ( dari jurufoto profesional ).
6) Video Klip Khas “We Are The Champion” untuk pasukan Kedah Darul Aman.
7) Statistik Penuh Individu – edit on 12 September 2007

Kualiti gambar video, menu, foto, montage dan lain-lain yang terkandung di dalam DVD ini sangat memuaskan hati serta di buat dengan penuh ketelitian dan berkualiti oleh tenaga kerja pihak seladang.net yang berpengalaman lebih dari 10 tahun di dalam bidang masing-masing.

Harga jualan ialah RM 25 termasuk urusan pengeposan yang menggunakan ‘POS LAJU MALAYSIA” dan RM 20 untuk ‘C.O.D’ di suatu tempat yang akan diumumkan kelak di sekitar Lembah Klang.

Pihak kami menggunakan DVD MEDIA yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan sehingga puluhan tahun jika disimpan dengan baik untuk koleksi kenangan anda dimasa hadapan.

Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 50 buah DVD mampu terjual dan diedarkan secara serentak samada melalui POS LAJU atau C.O.D selepas semua pembayaran selesai. Pihak kami berhak untuk membatalkan penjualan ini jika permintaannya kurang dari yang kami harapkan.

Sebarang pertanyaan haruslah dibuat dibahagian komen di bawah untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih
admin[@]seladang.net

Nota: Pihak kami juga mengalu-alukan rakan-rakan dari penyokong pasukan Kedah untuk memesan DVD ini dari pihak kami memandangkan pasukan mereka adalah Juara Treble Liga Super yang pertama untuk kempen TM Liga Malaysia musim 06/2007 ini.

edit on 12 September 2007
Tambahan: Untuk menjadikan DVD perlawanan Final Piala Malaysia 06/2007 ini lebih menarik dan berbaloi dimiliki, pihak kami juga akan menyediakan statistik penuh prestasi setiap pemain pasukan Perak dan Kedah yang telah pun kami siapkan tempohari. Statistik yang memakan masa lebih dari 2 hari untuk disiapkan ini cukup baik untuk tontonan semua sebagai bahan kaji selidik.

Ini bukanlah statistik yang biasa anda lihat dikaca TV anda sewaktu selesai menonton perlawanan bolasepak, tetapi statistik ini lebih menjurus kepada prestasi setiap individu yang beraksi pada perlawanan tersebut.

Dikala penyokong Kedah sedang merayakan kemenangan mereka, penyokong Perak mungkin tertanya-tanya siapakah pemain yang patut dipersalahkan untuk kekalahan ini. Mungkin mudah menuding jari kepada pemain yang mereka tidak gemari tetapi harus di ingat bahawa belum tentu pemain yang anda perkatakan cemerlang itu, beraksi sebaik yang anda sangka dan lihat.

Antara statistik individu yang kami sediakan ialah:
1) On Target Try – Percubaan ke sasaran
2) Off Target Try – Percubaan tersasar
3) Good Tackle – Tackle bersih
4) Foul Tackle – Tackle buruk
5) Good Pass – Hantaran tepat
6) Bad Pass – Hantaran tersasar
7) Intercept – Memintas/merebut bola dari lawan
8) Lost Ball – Kehilangan bola kepada lawan
9) Save – Percubaan diselamatkan penjaga gol

dan banyak lagi statistik-statistik lain yang tentu membuka mata anda semua tentang apa sebenarnya yang terjadi pada perlawanan itu yang memungkinkan anda terlepas pandang.

Buat penyokong Kedah kemenangan anda juga tidak bermakna semua pemain anda bermain dengan baik dan cemerlang, masih banyak kesilapan dan kealpaan yang boleh anda semua perhatikan, pelajari dan perbaiki untuk kekal menjadi pasukan terbaik di persaingan TM Liga Malaysia musim akan datang.

Statistik perlawanan akhir TM Piala Malaysia ini tidak akan dikeluarkan sebagai artikel di laman web seladang.net untuk bacaan umum, hanya khusus buat pembeli DVD Final TM Piala Malaysia musim 06/2007 ini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan DVD ini:

01) roslanali
02) keanu
03) vios_313
04) wanzizou
05) anas
06) miez3
07) horatio
08) zorro
09)
10)

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “DVD Eksklusif – Final TM Piala Malaysia 06/2007

  1. tasbieh

    as'kum..

    saya berminat la nak dapatkan dvd tersebut.tapi sebelum tu nak tanya.. ???

    1. shot dari mana?? kamera asal rtm ka atau capture tv ja ka??
    2. minta snapshot skit bleh tak???

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keanu

    Assalamulaikum,
    Saya memang berminat sangat lah nak angkat DVD nie. Tolong update tentang payment mode, i.e. nak bank-in, transfer via ATM, maybank2u, etc.... harap projek ni tak dibatalkan.

    Terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. vios_313

    saya berminat nak beli dvd final malaysia cup...
    thanks sebab Pihak SELADANG.NET sudi menjual pada kami penyokong kedah....
    harap seladang.net dan hkc dapat berkerjaqsama di lain masa dengan lebh baik... dan profesional...
    0124700812
    atan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster Post author

    Terima Kasih kepada semua yang bertanya tentang perkara ini. Pihak kami akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan satu persatu:

    tasbieh:

    Video tersebut dirakamkan secara terus menggunakan video capture device dari astro decoder(100% quality) dan bukan dari astro max(80% quality). Jika anda biasa menonton TM Liga Malaysia dari kaca televisyen anda menggunakan astro decoder, itulah kualiti yang akan anda dapat dari pihak kami.

    Segala urusan capture adalah menggunakan S- Video cable dan bukan RCA cable sebagaimana yang ramai penonton gunakan untuk setup astro decoder ke TV. Penggunaan DVD player berjenama dan set TV yang baik membantu mutu gambar DVD ini menjadi lebih baik dari yang biasa.

    roslanali, keanu dan vios_313:

    Urusan pembayaran menggunakan akaun Maybank dan hanya di maklumkan kepada semua apabila kami telah mencapai target yang diharapkan. Pembatalan jualan terpaksa dibuat dengan hati yang berat jika permintaan yang kurang dari semua memandangkan pihak kami terpaksa mengeluarkan kos membeli foto still dari jurufoto professional yang bertugas di stadium tempohari.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. wanzizou

    sy pun nak juga..agak2 bile boleh dapat ?.. sebelum raya boleh...nk pasang kat kampung... dapat dgr komen sanak saudara nanti..hehehe

    webmaster, saya nk beli satu !

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. webmaster Post author

    salam saudara

    wanzizou:

    Pihak kami akan mula menjual DVD tersebut hanya apabila kouta sebanyak 50 keping dan keatas mampu terjual memandangkan penglibatan kos yang tinggi serta masa yang diperuntukan untuk pembikinan DVD tersebut.

    Penambahan 'statistik individu' juga adalah sebagai satu daya penarik unik kepada semua untuk memiliki DVD Final TM Piala Malaysia 06/2007 ini.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anas

    walaupun hati teman masih sedih dgn kekalahan aritu,tapi teman rase statistik pemain mmg satu yg susah kita nak cari kat mana2 video pun.

    setau teman kalu di epl mmg biase dah bende ni,teman berminat nak dapatkan satu dvd,tlg inform bila dan camne nak bayar nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Assalamualaikum...

    Tima kasih le psl kluorkan DVD game arituh...awok memang teringin beno nk nengok psl mlm final tu x dpt pegi bcoz of hal2 famili yg x dpt dielakkan...walaupun kalah tapi saje le awok nk simpan utk kenangan & bahan kajian..

    Terima kasih webmaster..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. webmaster Post author

    Chapter dibuat setiap 5 minit untuk memudahkan penonton memilih setiap babak yang hendak ditonton.

    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. webmaster Post author

    Urusan pembayaran menggunakan akaun Maybank dan hanya di maklumkan kepada semua apabila kami telah mencapai target yang diharapkan iaitu 50 pesanan atau lebih. Pembatalan jualan terpaksa dibuat dengan hati yang berat jika permintaan yang kurang dari semua, memandangkan pihak kami terpaksa mengeluarkan kos membeli foto still dari jurufoto professional yang bertugas di stadium tempohari selain masa yang panjang untuk pembikinan DVD ini.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. webmaster Post author

    Keputusan adalah muktamad tanpa sebarang rundingan.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    NOTE TO HORATIO: Last warning to you for misconduct

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.