Posted in Umum on September 27th, 2007 5 Comments »
Seorang pemain bolasepak pasukan Perak yang juga bekas pemain kebangsaan telah ditangkap khalwat bersama pasangannya oleh sepasukan anggota dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan kesebuah hotel di Bukit Bintang pada pukul 7.30 pagi tadi.
Difahamkan beliau akan didakwa di Mahkamah Syariah esok hari, Jumaat 28 September 2007.
sumber: koresponden
Info tambahan:
Jumaat 28 September 2007.
Berita keputusan Mahkamah Syariah ini tidak dapat diberikan liputan oleh para wartawan apabila mereka kesemuanya telah tersilap informasi. Wartawan telah menunggu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur manakala pemain tersebut dibicarakan di Mahkamah Syariah Putrajaya.
Pemain tersebut dan dua rakan beliau serta dua lagi wanita yang terlibat telah mengaku bersalah dihadapan hakim Mahkamah Syariah Putrajaya. Pemain tersebut dikenakan denda RM2900 manakala rakannya pula RM3000 kerana telah mengaku menjadi perancang kepada perlakuan ini Continue reading
Posted in Piala Sumbangsih on September 20th, 2007 3 Comments »

Semua peminat bola sepak Liga Malaysia mengetahui bahawa satu perlawanan Piala Sumbangsih akan diadakan pada awal musim bagi menandakan bermulanya musim baru Liga Malaysia.
Untuk edisi 2007/08 perlawanan pembukaan tersebut akan diadakan pada 3 November 2007.(tertakluk kepada perubahan jadual) Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FAM pula, dua pasukan yang akan terlibat dalam perlawanan pembukaan seperti itu ialah juara Liga Super bertemu dengan juara Piala Malaysia.
Oleh kerana Kedah merupakan juara bagi kedua-dua piala tersebut, maka ada kemungkinan naib juara Piala Malaysia/Liga Super iaitu Perak akan dipilih untuk bertemu dengan Kedah nanti.
Saya lebih suka jika Perak dipilih untuk bertemu dengan Kedah dalam Piala Sumbangsih daripada dipilih mewakili Malaysia ke kejohanan AFC. Saya katakan begitu kerana jika Perak ke kejohanan AFC, maka ia akan melibatkan perbelanjaan yang banyak serta Continue reading
Posted in Umum on September 19th, 2007 3 Comments »
Jika tiada angin masakan pokok bergoyang, begitulah perumpamaan yang sering diungkapkan apabila sesuatu khabar angin itu bertiup. Dan buat pertama kalinya pihak kami ingin memaklumkan kepada semua tentang suatu perkabaran yang diterima dari sumber tidak rasmi kami baru-baru ini.
Diharap pembaca semua dapat menilai berita ini dengan sebaik-baiknya serta tidak menjadikan perkara ini suatu isu yang besar kerana berita yang kami terima ini tidaklah dapat dipastikan kesahihannya.
Pada hari Rabu 26 Januari 2005, Telekom Malaysia Berhad telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Super League Sdn. Bhd sebagai penaja rasmi untuk Liga Malaysia bagi musim 2005/2007.
Penajaan ini telah diusahakan oleh ‘Orang Lama’ di dalam badan induk bolasepak Malaysia suatu masa dahulu. Berikutan pelantikan ‘Orang Baru’ pada Kongress FAM baru-baru ini, TM di lihat tidak lagi berminat untuk Continue reading
Posted in Umum on September 18th, 2007 No Comments »

Adalah dimaklumkan kepada semua pengunjung bahawa pihak kami telah menerima beberapa email dari ahli-ahli yang telah berdaftar menyatakan kesukaran untuk melayari laman web ini.
Masalah timbul apabila mereka melayari laman web ini ataupun ‘login’ dengan menggunakan Internet Explorer 7 yang mempunyai masalah ‘loading’ yang terlalu perlahan walaupun menggunakan talian Broadband Streamyx.
Untuk itu pihak kami menyarankan anda untuk menggunakan browser Firefox 2 yang telah diuji mempunyai lebih sehingga 50% daya kepantasan untuk melayari laman web seladang.net berbanding dengan Internet Explorer 7.
Terima Kasih
admin[@]seladang.net
Info tambahan:
Contoh Kalender sidebar yang terdapat pada Firefox 2 seperti dibawah

Jika anda menggunakan browser Firefox 2, anda boleh mengakses masuk ke artikel-artikel yang lalu dengan hanya menekan butang di dalam bulatan merah Continue reading
Posted in Umum on September 17th, 2007 19 Comments »
Setelah musim TM Liga Malaysia 06/2007 berakhir pada 8 September 2007 yang lalu, kini tibalah masanya untuk para peminat semua menilai kembali prestasi pemain-pemain yang telah beraksi pada musim yang lalu dengan undian dibawah.
Pemain yang tidak wajar berada di dalam skuad Perak untuk TM Liga Malaysia musim 07/2008
Para pengunjung dan peminat bolasepak Perak boleh memilih sesiapa sahaja pemain yang difikirkan tidak sesuai lagi untuk menyarung jersi Perak pada musim baru nanti.
Beberapa pemain seperti Kamarul Effandy, Kartik, Razali Umar, Noor Azrul dan lain-lain tidak dimasukkan di dalam undian tersebut kerana mereka hanya dipinjamkan dari skuad Presiden dan bukannya pemain tetap di dalam skuad utama Perak.
Undian adalah rahsia dan hanya terbuka kepada mereka yang telah berdaftar sahaja.
Terima Kasih
admin Continue reading