Video Klip – Tribute To Khairi Zainuddin

Tribute To Khairi Zainuddin

Klip video ‘Tribute To Khairi Zainuddin’ ini hanya boleh ditonton oleh ahli yang telah berdaftar sahaja diruangan Media. Klip sepanjang 1 minit 25 saat ini memaparkan aksi beliau sewaktu bersama dengan pasukan Perak di dalam beberapa siri perlawanan TM Liga Super dan TM Piala Malaysia.

Idea untuk membuat klip ini tercetus sewaktu perlawanan Perak bertemu dengan Perlis di Stadium Ipoh tempohari yang berkesudahan Perak berjaya layak kepusingan separuh akhir TM Piala Malaysia setelah mengalahkan Perlis dengan keputusan 5 gol berbalas 1.

Pada perlawanan tersebut Khairi Zainuddin bersama penyerang Perlis iaitu Zacharia Simukonda telah dilayangkan kad merah setelah wujud konfrontasi antara mereka sejak awal mula permainan lagi. Akibat dari kad merah tersebut kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dan pasukan Perlis tanpa Zacharia Simukonda beraksi agak tempang pada perlawanan itu.

Kad merah ini juga bermakna Khairi Zainuddin akan terlepas 2 perlawanan separuh akhir pertama dan kedua TM Piala Malaysia antara pasukan Perak melawan pasukan Sabah. Andai rezeki menjelma dan Perak berjaya ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia, Khairi Zainuddin dijangka mampu diturunkan pada perlawanan tersebut.

Terima kasih Khairi Zainuddin untuk sumbangan dan komitmen anda kepada pasukan Perak yang tidak berbelah-bahagi daripada pengurusan seladang.net.

Terima Kasih.
admin

Nota: Kepada yang telah menonton video tersebut diminta untuk memberikan sedikit sebanyak komen disini dan rating terhadap mutu video klip tersebut pada ruangan undian disebelah bawah

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Video Klip – Tribute To Khairi Zainuddin

  1. asraf

    mantap betoi video khairi tu,teman ingatkan bese2 je,siap ada soundtrack baguih punye.

    meremang kejap bulu tengkuk dengor sound track dia,memang sesuai dgn tugas khairi sebagai defend,

    sampe 3x teman tengok rase tak pueh plak lagi...he he he
    teman bagi 5 bintang dlm poll tuh...

    harap ada lagi video dr khalid atau kieta lepaih nie..

    skor yob skor..sampe deme tumpor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    Memang betul le cakap yob asraf, meremang tengkuk dengor lagu soundtrack nie.Bukan biasa2 punye klip nie tapi mmg berbaloi tengoknye.Kalau bole admin buat lagi klip2 aksi pemain2 lain mcm kj,kieta,a'ah,arul dan lain2.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.