TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Perlis Vs Perak
Stadium Utama Negeri, Kangar
8.45mlm

Setelah menamatkan persaingan TM Liga Super ditempat kedua, Perak sekali lagi berhadapan dengan tugas getir berkunjung ke Stadium Utama untuk menentang pasukan Perlis dalam kempen TM Piala Malaysia pula.

Perlawanan secara timbal balik kalah mati ini menyaksikan kualiti sebenar jurulatih untuk merencanakan strategi menghadapi lawan masing-masing. Steve Darby perlu merencanakan sesuatu terhadap apa jua kemungkinan yang cuba diterapkan oleh jurulatih Perlis, Abdul Rahman Ibrahim bagi menghadapi Perak esok.

Walaupun dua perlawanan awal didalam persaingan TM Liga Super ini dimenangi oleh Perak namun ianya tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dengan kelibat pasukan Perlis yang begitu mantap sejak akhir-akhir apabila membelasah lawan – lawan mereka dengan jaringan yang besar.

Perlawanan pertama Perak bertemu Perlis adalah ditempat sendiri pada 7 Mac 2007 dengan Mohd Khalid Jamlus menjaringkan 2 gol untuk membantu Perak ketika itu. Manakala perlawanan terakhir pada 19 Mei 2007 pula di Stadium Utama apabila Keita Mandjou meledakan satu rembatan cantik 5 minit sebelum perlawanan tamat.

Adalah sesuatu yang rumit untuk mana-mana pasukan menewaskan pasukan Perlis digelanggang mereka dan ini seharusnya akan menyedarkan skuad Skor Yob Skor bahawa sebarang kesilapan boleh membawa padah.

Perak perlu untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri untuk memberikan tekanan kepada pasukan Perlis sebelum menjinakkan mereka dikandang sendiri pada 15 Ogos 2007 di Stadium Ipoh, Perak.

Semoga pasukan Perak mampu mengekalkan prestasi semasa mereka serta berusaha untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia setelah terlepas peluang untuk mendakap Piala Liga Super musim 06/2007 yang baru berakhir lalu.

Ramalan penulis:
Perlis 1 – 1 Perak

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (review)

  1. webmaster

    Poll baru telah dibuka untuk anda mengundi samada Perak mampu untuk memenangi TM Piala Malaysia musim 06/2007 ini.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    kebetulan teman ada nih kat kedah...so boleh le teman tengok game nih

    moga perak boleh menang atau paling tidak pun draw

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.