TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

08hb Ogos 2007
Stadium Utama Kangar,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perlis 2 – 0 Perak

Perak memulakan langkah sumbang di dalam kempen TM Piala Malaysia apabila tewas kepada Perlis dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Gol pertama Perlis tiba seawal minit ke 2 melalui Philimon Chipeta dan gol kedua mereka pula disumbangkan oleh Zacharia Simokunda pada minit ke 20.

Ketiadaan dua penjaga gol utama Perak iaitu Nasril Nourdin yang bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan serta Hamsani Ahmad yang masih tercedera menyebabkan Perak terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga mereka iaitu Kamarul Effandy.

Turut tidak berada di dalam senarai kesebelasan utama Perak ialah pemain import tengah iaitu Abdoulaye Traore. Perlis pula diperkuatkan oleh pemain yang dipinjam dari Kuala Muda Naza iaitu Manzoor Azwira untuk kempen TM Piala Malaysia.

Separuh masa pertama memperlihatkan Perlis lebih banyak menguasai permainan manakala Perak mula mengorak langkah pada separuh masa kedua tetapi banyak percubaan bahaya yang dilakukan oleh pemain Perak berjaya di halang baik oleh penjaga gol Perlis iaitu Tay Sin Kiat.

Dengan keputusan ini pasukan Perak mesti memenangi perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Ipoh pada 15 Ogos 2007 jika mahu terus berada di persaingan TM Piala Malaysia musim 06/2007 ini.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)