TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (review)

TM Piala Malaysia

15hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Perlawanan pusingan kedua TM Piala Malaysia kali ini akan berlangsung di Stadium Ipoh, Perak dimana peluang terakhir untuk pasukan seladang melayakkan diri kepusingan seterusnya setelah tewas ditempat lawan dengan jaringan dua gol tanpa balas.

Perak tidak boleh lagi melepaskan sebarang gol ketika ini kerana perubahan undang-undang baru dari FAM yang mensyaratkan gol ditempat lawan sebagai pemutus kemenangan tatkala keputusan berakhir dengan seri untuk 90 minit permainan.

Perak perlu untuk sekurang-kurangnya menjaringkan 3 gol tanpa dibolosi untuk terus melangkah keperingkat separuh akhir. Dengan Perlis selesa di depan bersama kelebihan 2 gol di tempat sendiri, mereka pasti akan mengamalkan strategi bertahan sambil membuat serangan balas.

Apa yang penulis bimbangkan ialah bagaimana strategi Steve Darby dalam menghadapi lawan seperti Perlis yang terbukti mempunyai 2 penyerang import yang cukup pantas?. Pada pandangan penulis dengan taktikal 3 pemain pertahanan yang kita amalkan ini, memerlukan pemain yang cukup pantas dibahagian itu serta mampu mengekang kedua-dua awang import Perlis.

Sebaiknya letakkan sahaja K. Nanthakumar sebagai pertahanan tengah sambil dibantu oleh Azlan Zainal dan Khairi Zainuddin di bahagian kiri dan kanan pertahanan. Vedran Kukoc pula sudah sepatutnya di rehatkan atau lebih baik lagi dihantar pulang terus memandangkan sumbangan beliau untuk sepanjang musim ini sebenarnya dibawah paras pemain tempatan sendiri.

Steve Darby juga perlu menggunakan strategi 3 pemain serangan dengan meletakkan pemain yang baru pulang dari kejohanan AFF bawah 20 tahun iaitu Ahmad Fakri Saarani sebagai penyerang bersama dengan Kieta Mandjou dan Khalid Jamlus.

Pada masa yang sama penggunaan Azlan Zainal untuk tugas overlapping serta lontaran jauh di kubu lawan harus dikurangkan untuk memberikan beliau lebih masa dan tenaga dibahagian pertahanan untuk sebarang serangan balas dari pihak lawan. Dalam kata lain taktikal 3 pertahanan ini sepatutnya menjadikan pemain itu sebagai ‘SOLID DEFENDER’ dan bukannya ‘OVERLAPPING ATTACKER’.

Penulis sudah jelak dengan taktikal ini kerana terlalu kerap berlaku dimana ketika Azlan Zainal membantu bahagian serangan, pintu gol Perak dibolosi dengan serangan balas pihak lawan bermula dibahagian yang beliau sepatutnya berada.

Bayangkan kalau penonton boleh meramal corak taktikal Steve Darby apatah pula jurulatih Perlis iaitu Abdul Rahman Ibrahim. Steve Darby sepatutnya lebih proaktif dalam merencanakan strategi dan bukan hanya menggunakan corak permainan yang serupa setiap kali.

Semoga ada perubahan dalam struktur dan strategi permainan seperti yang penulis harapkan. Andaikata strategi masih di takuk lama maka kempunanlah peminat untuk melihat Perak melangkah keperingkat separuh akhir TM Piala Malaysia musim 06/2007 ini.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (review)

  1. Yob Utara

    ini le peluang last buat kite,kalu tak boleh menang juge dgn perlis kat tempat sendiri maka habih le tamat musim nie tanpa sebarang piala.

    harap deme2 player perak main le sungguh2,jangan bior kami berputih mate untuk kali ke 3.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. rizalman

    akum

    Teman baru register kat sini,sedih tekenang game rabu ni.Kalu ada rezeki menang hendaknya tapi kot kalah tah ler.Setuju dgn penulis yb pasey taktikal SD,balik balik itu juga stailnya.Elok kalu ditukar game lawan Perlis ni,kot idak mau haup kita kat kandang sendiri.Jgn le kome patah semangat dek sebab presiden dgn timbalan udah kena resign,keme keme tetap menyokong walaupun kalah nanti.Harap menang le hendaknya - 3 biji jadila - fakri/khalid/kieta sorang sebiji

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    Teman rase berdebor nunggu game nie...entah ler apa nak jadi malam karang...harap sd bole buat something kat team kita malam nie..

    harap pemain pun usaha ler sama sungguh2

    skor yob skor...sampe deme tumpor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.