TM Liga Super – Sarawak Vs Perak (result)

TM Liga Super

04hb Ogos 2007
Stadium Kuching,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Sarawak 2 – 4 Perak

Seperti mana yang semua kita maklum, perlawanan ini telah disiarkan di rangkaian TV1 di mana Perak telah berjaya menumbangkan Sarawak dengan jaringan empat gol berbalas dua. Khalid Jamlus telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan jaringan hattrik manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Keita Mandjou.

Perlawanan dimulakan tanpa pemain tengah import iaitu Abdoulaye Traore yang masih mengalami kecederaan manakala Hamsani pula terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua juga akibat kecederaan.

Walaupun berjaya memenangi perlawanan ini Perak tidak berjaya merangkul kejuaraan Liga Super musim 06/2007 berikutan Kedah berjaya menumpaskan DPMM Brunei di gelanggang lawan dengan jaringan tunggal dari penyerang muda mereka K.Soley.

Kedah memungut 55 mata manakala Perak ditangga kedua dengan 53 mata. Dengan kejayaan ini Kedah telah berjaya merangkul kejayaan mereka yang kedua selepas berjaya memenangi Piala FA baru-baru ini.

Kini perjalanan pasukan Perak perlu diteruskan dengan lawan yang bakal mereka hadapi ialah pasukan Perlis untuk kempen Piala Malaysia pada 8 Ogos 2007 di Stadium Utama Kangar. Perlis pula beraksi dengan kosisten sejak kebelakangan ini dengan mangsa terbaru mereka ialah Pahang yang dibaham dengan jaringan 5 gol berbalas 1 pada persaingan terakhir Liga Super malam tadi.

Akhir kata semoga pasukan Perak dan penyokong tabah menerima keputusan ini kerana segala yang berlaku adalah kesilapan kita sendiri setelah hanya mampu seri dengan Terengganu walaupun beraksi di gelanggang sendiri.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kedah kerana walaupun dikhabarkan beraksi tanpa beberapa pemain yang dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan, mereka masih lagi mampu beraksi cemerlang menewaskan DPMM ditempat lawan.

Tahniah sekali lagi untuk pasukan Kedah dari pihak pengurusan seladang.net kerana menjadi Juara Liga Super musim 06/2007. Sesungguhnya komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain dan pasukan Kedah seharusnya menjadi contoh kepada pasukan lain demi memajukan sukan bolasepak itu sendiri dari peringkat negeri hinggalah kebangsaan.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Sarawak Vs Perak (result)

  1. Yob Utara

    tak ngapelah...apa nak buat udah tak ada rezeki
    setiap yang berlaku ada hikmahnya...piala malaysia ada lagi..usah kali nie kita kempunan juge

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zickeys

    Tahniah juga buat Pasukan Perak, persaingan yg sihat antara 2 pasukan hingga ke game terakhir. Moga kita bersaing lagi di Piala Malaysia, insya Allah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    jangan lemah semangat yob,berjuang lagi utk piala mesia.syukur sebab kieta jadi top scorer.Kalu ada rezeki maybe kite jumpe kedah pula kat final.apapun tahniah ler team kedah.jumpe final piala mesia kalu ada rezeki.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zahran

    Terima kasih diatas semangat kesukanan yang tinggi.Sebagai penyokong Kedah saya amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh admin dan peminat seladang.Memang berdebar debar melihat Perak berjaya menjinakkan Sarawak secara Live.Kesungguhan pemain perak jelas terpancar namun rezeki sudah tersurat milik hijau kuning.Seri dengan terengganu adalah punca perak tidak dapat mendakap liga super.Walaupun pada pandangan penyokong hijau kuning, kami hanya berdaya menjadi naib juara namun tuah tiada siapa yang tahu.Kami amat mengimpikan Final Piala Malaysia adalah antara Kedah vs Perak kerana Perak adalah antara pasukan yang berjaya menumpaskan Kedah.Kami dapat bayangkan lautan Kuning hitam dan hijau kuning seandainya kita berjaya ke final.Kedua dua penyokong setia pasukan ini akan menggegarkan Bukit Jalil pada final nanti.Tumpaskan Perlis yang menewaskan kami pada final dengan lontaran kedalam kerana kami masih tidak dapat melupakan Piala Malaysia diarak ke Perlis melalui Alor Setar dan Changloon.

    Tahniah Perak.Skor Yob Skor
    Moh yob kita ke Bukit Jalil kalau ada rezeki.

    'Biar Jasa Jadi Kenangan,Hijau Kuning Lambang Kemegahan'

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. saiful

    Alhamdulillah... Tahniah kepada Kedah dan juga Perak. Kalau diikutkan rasanya kedua-dua pasukan berjaya memperbaiki pencapaian dalam separuh kedua Liga. Apa pun masih ada satu saingan lagi... Piala Malaysia.

    Mungkin kita akan bertemu pada saingan akhir.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. webmaster Post author

    Salam,

    Terima kasih zahran dan saiful, sudah menjadi polisi kami sejak dulu lagi bahawa kemajuan bolasepak bukan hanya datang dari sokongan kepada pasukan negeri sendiri semata-mata.

    Kemajuan harus digembeleng dari persaingan yang sihat. Ini terjadi hasil persaingan hebat antara Kedah dan Perak didalam perebutan Liga Super.

    Hakikatnya kita harus mengakui bahawa pasukan Kedah untuk musim ini jauh lebih konsisten berbanding pasukan lain.

    Hanya konsistensi sahaja mampu membawa mana-mana pasukan untuk menjuarai sesuatu persaingan liga itu berbanding perlawanan yang melibatkan format kalah mati.

    Harap jurulatih Perak mampu mencaturkan strategi yang lebih baik untuk persaingan Piala Malaysia ini dan teruskan kecemerlangan anda Skuad Kenari.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.