TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

TM Liga Super

01hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 1 – 1 Terengganu

Perak memulakan persaingan liga super kali ini setelah berehat lebih sebulan kerana Piala Asia dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kekentalan Terengganu apabila kedua-dua pasukan seri satu gol sama di Stadium Ipoh malam tadi.

Pasukan Seladang mendahului pada separuh masa pertama pada minit ke 27 melalui Keita Mandjou manakala pasukan Terengganu pula menyamakan kedudukan pada minit ke 58 separuh masa kedua.

Pada masa yang sama pasukan Kedah berjaya membelasah pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 7 gol tanpa balas di Stadium Darul Aman. Dengan keputusan ini kedudukan Liga Super akan berubah dengan Pasukan Kenari kini mendahului carta dengan kelebihan dua mata.

Dengan berbaki satu perlawanan sahaja iaitu Perak akan bertandang ke Stadium Kuching menentang pasukan Sarawak pada 4 Ogos ini manakala Kedah pula akan bertandang ke Stadium Hassanal Bolkiah untuk menentang pasukan DPMM Brunei, Perak tidak boleh lagi melepaskan sebarang mata penuh selain terpaksa mengharapkan DPMM Brunei mampu melakukan kejutan keatas pasukan Kedah.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)