TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (result)

TM Piala Malaysia

15hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 5 – 1 Perlis

Aggregat Penuh:
Perak 5 – 3 Perlis

Perlis akhirnya akur dengan kehebatan pasukan seladang apabila mereka telah dibenam dengan jaringan yang besar di Stadium Ipoh dengan keputusan 5 gol berbalas 1. Ini menjadikan aggregat penuh perlawanan ialah 5 gol berbalas 3.

Gol pertama Perak tiba pada minit ke – 26 dari Ahmad Shahrul Azhar hasil umpanan Kieta Mandjou, dan sebelum itu Perak dan Perlis terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Khairi Zainuddin dan Zacharia Simukonda dilayangkan kad merah pada minit ke – 14 kerana bergaduh sesama mereka.

Khalid Jamlus menjaringkan gol kedua pasukan Perak pada minit ke – 52 separuh masa kedua hasil hantaran cantik dari Danial Fazly. Perak mendapat penalti pada minit ke – 58 setelah salah seorang pemain Perlis menolak sehingga jatuh Kieta Mandjou di dalam kotak penalti Perlis.

K. Nanthakumar menggalas tugas sebagai penendang penalti dan seterusnya menjaringkan gol penalti tersebut serta menjadikan kedudukan 3 gol untuk Perak mendahului Perlis. Minit ke – 68, Danial Fadzly mengambil satu sepakan percuma dari luar kotak penalti setelah Kieta Mandjou di jatuhkan dan terus menerjah jaring menjadikan kedudukan terkini Perak mendahului dengan 4 gol tanpa balas.

Perak membuat 3 pertukaran iaitu mengeluarkan Vedran Kukoc untuk Chan Wing Hoong, Yusri Che Lah yang digantikan dengan Wong Sai Kong serta Khalid Jamlus untuk pemain muda skuad seladang iaitu Ahmad Fakri Saarani pada minit ke – 55, 75 dan 78.

Gol ke – 5 Perak hadir pada minit ke – 80 hasil hantaran Ahmad Fakri Saarani yang membuat larian pantas dan seterusnya melintangkan bola tersebut kepada Kieta Mandjou untuk gol peribadinya yang ke – 9 dalam kempen Piala Malaysia dan ke – 30 untuk keseluruhan.

Perlis akhirnya berjaya menjaringkan gol melalui Manzoor Azwira pada minit-minit akhir perlawanan dan menjadikan kedudukan penuh perlawanan, Perak 5 – 1 Perlis.

Dengan keputusan ini Perak akan layak ke pusingan separuh akhir TM Piala Malaysia 06/2007 yang bakal bertemu pasukan Sabah yang menewaskan N. Sembilan di Stadium Likas dengan keputusan 3 gol berbalas 1.

Lineup Perak:

Kamarul Effandy

Azlan Zainal – V. Kukoc (Chan Wing Hoong) – Khairi Zainuddinred card (out)

Shahrul Nizam Mustapa – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Yusri Che Lah (Wong Sai Kong) – Danial Fadzly

Khalid Jamlus (Ahmad Fakri Saarani) – Kieta Mandjou

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (result)

  1. Yob Utara

    Syukur alhamdullilah kite menang juge yob,tahniah buat pemain yang main sungguh2.Berjaye akhirnya kite pegi semi final piala m'sia,mungkin jumpa n.sembilan kot ataupun sabah.

    skor yob skor

    yahooooooo!!!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    assalammualaikum semua.....gembira benor hari teman pasey perak menang beso dgn perlis.

    baru je balik dgn member2 dari stadium lepeh pegi makan tadi...tak terkata ape dah dgn persembahan deme tadi.

    ada luck dan usahe pun kuat...harap coach bole maintain performance camnih....lawan kite lepeh nih sabah lak...memang dedor le jumpe deme nih...

    tapi harap player semua usah gentor...kita balun deme macam game tadih juge...

    mekasihhh bebanyak player yang teruih memberikan kite harapan lagi...

    skor yob skor...sampe deme tumpor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saiful

    Tahniah Perak...

    Dari game semalam nampaknya Perak memang dalam prestasi yang cukup sukar untuk digugat oleh mana-mana pasukan. Kesemuanya bergerak dengan lancar.

    Harap dapat bertemu di Final, InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. rizalman

    akum

    alhamdullilah,menang kita jua akhirnya.Dramatik sungguh game tu,tay sin kiat mmg baguih ler,kalu idak berjebun gol masuk semlm.Harap pemain bole teruskan rentak cemerlang camni utk game dgn sabah nnt.Tak perlu mng beso pun,janji mng udah.
    Buat kapten,kieta,wirat,khalid,nantha,tahniah sbb kome dah skor mlm tu dan kita menang.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Perlawanan semalam yang disiarkan secara tertunda oleh RTM 1 memang satu kemenangan manis buat pasukan Perak terutamanya bila berhadapan dengan lawan sukar seperti Perlis.

    Apa yang saya perhatikan semalam ialah, Perak berjaya menukarkan setiap peluang itu menjadi gol. Terdapat juga 4 hingga 5 peluang yang sepatutnya dapat di manafaatkan oleh pemain Perak, namun kecekapan penjaga gawang Perlis, Tay Sin Kiat memang dikagumi.

    Semuanya bermula apabila penyerang lincah Perlis, Zacharia Simukonda mengkasari Danial Fadzly apabila dengan sengaja menendang kaki pemain tersebut hingga membuatkan Khairi Zainuddin turut sama terlibat membalas kembali perbuatan itu.

    Keputusan pengadil Subkidin memang tepat dengan melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain tersebut. Ini perlu dilakukan untuk mengelakkan lebih banyak kekasaran yang akan mengakibatkan mungkin penglibatan rakan sepasukan yang lain.

    Perlis seakan hilang semangat selepas terkeluarnya pemain tersebut dan terlalu bergantung harapan dengan Philimon Chipieta yang turut dikawal baik oleh Azlan Zainal.

    Apapun kemenangan ini bolehlah dilihat sebagai satu pembuka jalan untuk pasukan Perak melangkah lebih jauh lagi pada persaingan TM Piala Malaysia.

    Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah memberikan komen diatas.

    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anas

    Hari tu teman tengok undi perak macam tak yakin lepas kalah dgn perlis 2 gol,skang da berubah nampaknya...baguslah positif dah skang..

    p/s admin best le lagu liga malaysia tu,semangat teman dengornye..takde yg full version ke?

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. webmaster Post author

    Pihak kami tidak boleh menyiarkan lagu tersebut secara penuh memandangkan ianya berkaitan dengan isu hakcipta.

    Lagu tersebut adalah hakcipta pemilik asalnya dengan pihak pengurusan seladang.net hanya bertindak sebagai penyiar untuk pengguna laman web ini.

    Dengan tersiarnya lagu itu dapat membangkitkan rasa minat penyokong bolasepak Malaysia untuk terus menyokong pasukan masing-masing.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. akuperak86

    ayuh para yobs dan yongs sumer, moh ler kita mendoakan kejayaan pasukan kesayangan kita ni. dh lamer piala malaysia x menjejakan kaki ke bumi bertuah perak darul ridzuan ni. mungkinkah ni tahunnya?? hanya kuasa ALLAH yg menentukannya

    ipoh mali talak sombong

    kejor yob kejor

    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. mohd azwan bin rahman

    tahniah perak sebab main cemerlang ari2..separuh akhir ni main lg bagos..ala2 manchester united main..huhu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.