Pengumuman

Pengurusan seladang.net telah membuat 2 perubahan penting terhadap laman web ini iaitu:

 1) Contact Us – Bahagian ini adalah kemudahan untuk pengguna semua bertanyakan sesuatu perkara kepada pihak pengurusan seladang.net. Mengikut polisi yang terdahulu sesiapa sahaja boleh menghubungi pihak kami tanpa perlu menggunakan email anda.

Tetapi setelah ramai pengguna yang menyalahgunakan kemudahan ini maka pihak kami terpaksa membuatkan ianya sebagai ‘Private Page”. Ini bermaksud hanya ahli yang berdaftar sahaja boleh menghubungi kami melalui ruangan ‘Contact Us’.

2) Media – Ruangan ini khas untuk ahli yang telah berdaftar sahaja. Kemudahan yang disediakan adalah sama seperti ruangan ‘Gallery’ tetapi yang membezakan ianya adalah kerana streaming video tersebut datangnya dari bandwidth seladang.net sendiri. Kami menyediakan kemudahan ini adalah untuk memudahkan anda melayari Video kegemaran anda tanpa perlu menunggu terlalu lama seperti yang dialami oleh pengguna Google Your Tube diruangan ‘Gallery’.

Oleh itu gunakanlah kemudahan yang diberikan ini sebaiknya kerana setiap ahli yang melayari bahagian tersebut akan kami pantau cara penggunaannya. Jika mana-mana individu didapati dengan sengaja cuba menggunakan ruangan itu dengan cara yang keterlaluan dengan niat yang tidak baik maka tindakan tegas akan diambil dengan menamatkan keahlian anda serta merta tanpa sebarang notis.

Ruangan ‘Media’ ini akan melalui tempoh percubaan yang terhad sebelum ianya akan dikhaskan sahaja kepada ahli-ahli yang aktif berposting dengan bernas serta yang menyumbang kepada kemajuan komuniti seladang.net.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)