Pengumuman!

Pihak pengurusan seladang.net ada menerima beberapa email dari pengguna yang menyatakan kesukaran mereka untuk login ke laman web ini walaupun telah berdaftar sebelum ini.

Suka di ingatkan disini bahawa untuk urusan login ke laman web ini memerlukan anda memasukan nama username anda dengan tepat. Dalam kata lain web ini menggunakan format case – sensitive

Contoh:

Anda menggunakan nama mohamad sebagai username, anda mesti memasukkan nama tersebut di ruangan login dengan tepat seperti ini

Username Login

Jika anda memasukan nama seperti Mohamad atau MOHAMAD atau MoHaMaD ianya akan secara automatik memberikan anda ralat ERROR: Incorrect password.

Contoh 2:

Username : Kejor Yob Kejor
Password : xxxxxx – contoh

Anda mesti memasukkan dengan tepat nama tersebut dengan selang/langkau yang terdapat pada username itu. Menggunakan nama seperti kejor yob kejor, KEJOR YOB KEJOR, KejorYobKejor, Kejor_Yob_Kejor dan lain-lain variasi tidak boleh di terima oleh sistem web ini.

Oleh itu untuk memudahan anda login ke laman web ini pihak kami menasihatkan supaya anda mencatitkan username anda sendiri untuk rujukan di kemudian hari atau lebih baik gunakan nama yang mudah/simple atau tidak terlalu bergaya/fancy dengan nama username itu.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Pengumuman!

  1. asraf

    hehehe..teman pun salah sorang yang terkena benda ni dulu..teman bubuh nama Asraf dalam kotak...sebenornya masa register dulu teman letak asraf...huruf A tuh kecik bukan beso...udah tak bole masuk teman ingat kena ban,lepas email admin baru tau salah teman sendiri..sori admin yer..hehe

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.