Musim Perak Mencairkan Badi

Bersama Yong Ayu

Semua warga Perak mengetahui bahawa pada 15 Ogos 2007, Pasukan Perak telah berjaya mencairkan badinya dengan Perlis menerusi perlawanan kedua TM Piala Malaysia peringkat Suku Akhir dengan mengalahkan Perlis 5 gol berbalas 1. terdahulu Perak telah tewas 2 gol tanpa balas di pusingan pertama di Perlis.

Dengan jaringan itu Perak menyingkirkan penyandang Juara TM Piala Malaysia itu dengan aggregate 5 – 3. Dua tahun berturut-turut sebelumnya, Perak telah digagalkan oleh Perlis di peringkat Separuh Akhir TM Piala Malaysia iaitu pada tahun 2005 dan 2006.

Sebelum tahun 2005, Perak telah digagalkan oleh Sabah di peringkat Separuh Akhir TM Piala Malaysia secara berturut mulai pada tahun 2002 dan 2003. Kedua-dua tahun tersebut Perak telah bermain dalam keadaan hujan di Stadium Perak.

Walaupun Sabah telah berjaya memasuki peringkat Akhir TM Piala Malaysia, namun pasukan tersebut telah dikalahkan oleh MPPJ (0 – 3) pada tahun 2003 dan dikalahkan oleh Selangor (0 – 1) pada tahun 2002.

Kini Perak mengahadapi situasi yang sama iaitu berhadapan dengan Sabah di peringkat Separuh Akhir TM Piala Malaysia. Di atas kertas, jika Perak berjaya mengatasi Perlis yang dikatakan jaguh utara, maka tidak ada sebab kenapa Perak tidak boleh mengatasi Sabah pada kali ini.

Jika Perak telah berjaya mencairkan badinya dengan Perlis, sudah tentulah Perak juga dijangka akan berjaya mencairkan badinya dengan Sabah. Bukankah musim ini merupakan musim Perak mencairkan badinya dengan kedua-dua pasukan tersebut?.

Seperti yang pernah saya katakan dalam artikel bertajuk “Kebangkitan Perak Daripada Igauan” yang tersiar dalam laman web seladang.net ini pada 8 Ogos 2007, badi sedemikian hanya bertandang paling banyak dua kali sahaja. Oleh itu InsyaAllah, Perak akan berjaya mencairkan badinya dengan Sabah pada musim ini.

Selanjutnya saya ingin merujuk kembali kepada artikel saya bertajuk “Hutang Yang Belum Terlunas” yang tersiar dalam laman web ini pada 29 Mei 2007. Berikut diperturunkan petikan tersebut:

Semua peminat bolasepak domestik mengetahui bahawa dalam kancah TM Liga Malaysia musim 2006/07, Pasukan Kedah telah mengalahkan Pasukan Perak sebanyak tiga kali seperti berikut:

kedah vs perak statistik stadium darul aman

Setakat ini Perak hanya berjaya membalas dendam di atas kekalahannya itu sebanyak dua kali sahaja seperti berikut:

perak vs kedah statistik stadium ipoh

Jadi, apakah peluang Perak untuk melunaskan hutangnya kepada Kedah untuk baki satu perlawanan lagi itu. Saya meramalkan bahawa Perak akan mencipta ruang bagi tujuan tersebut di perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun 2006/07 dengan andaian seperti berikut:

Peringkat Suku Akhir

jadual suku akhir piala malaysia
Pada ketika artikel ini ditulis, FAM belum lagi mengubah perlawanan supaya Sabah bertemu dengan Negeri Sembilan

Saya meramalkan kini Perak dijangka akan bertemu dengan Kedah di Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia, musim 2006/07. Dengan demikian akan memberi peluang dan ruang kepada Perak bagi melunaskan hutangnya dengan Kedah. Dan saya meramalkan bahawa Perak akan mengalahkan Kedah dengan jaringan 4 gol berbalas 3.

Yong Ayu – seladang.net

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Musim Perak Mencairkan Badi

  1. akuperak86

    assalamuaikum yong ayu, teman mmg minat bebenor ler dgn artikel2 miker. utk game melawan sabah ni, mmg sumer dh maklum sabah sbg penghalang kita utk ke final aper yg teman harap, steve darby dpt kekalkan strategi lwn perlis dan amik iktibar kealpaan kita lwn ganu dek cuti yg pnjgn .samer ler dgn situasi skrg. nk lwn sabah. tetiba rehat plak.aperpun kalo ALLAH dh tentukan rezeki kita ke final, x kemana jua. sumer yobs dan yongs dpt mendoakan kejayaan pasukan kesayangan kita. amin

    ipoh mali talak sombong

    kejor yob kejor

    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    teman memang riso kalau jumpe sabah nih,deme agak liat nak dikalahkan.Harap pemain semua boleh ulangi persembahan hebat masa lawan perlis aritu.

    rehat panjang sepatutnya boleh bagi peluang dolaye untuk sembuh nanti.

    hidup perak!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.