Media

Pihak pengurusan seladang.net ingin memaklumkan kepada semua tetamu dan ahli berdaftar, bahawa pihak kami sedang dalam usaha untuk menyiapkan klip video khas aksi pemain-pemain pasukan Perak seperti Khalid Jamlus, Kieta Mandjou dan lain-lain lagi.

Bertepatan dengan usaha ini, pihak kami ingin mendapatkan maklum balas dari semua tentang perlukah video klip seperti ini disiarkan di ruangan Media. Persoalan ini timbul berikutan proses untuk menyiapkan klip video tersebut agak memakan masa dan dirasakan bahawa ianya membazirkan masa untuk disiapkan jika tiada pengguna yang ingin menontonnya.

Secara ringkasnya untuk membuat satu video klip khas yang bermutu memerlukan masa antara 8 – 12 jam untuk disiapkan dengan durasi/duration masa video hanya sekitar 2 hingga 3 minit sahaja setiap klip. Proses yang panjang ini adalah kerana banyak faktor-faktor effect yang perlu diserapkan kedalam video klip tersebut.

Kami berharap akan ada maklum balas yang secukupnya dari ahli semua tentang keperluan menyiarkan klip video seumpama ini di masa akan datang. Sila gunakan ruangan comment dibawah untuk meninggalkan sebarang pesanan atau sokongan terhadap usaha ini.

Pada masa yang sama jika sambutan yang diterima agak kurang memberangsangkan, pihak kami mungkin hanya menyiarkan klip-klip video tersebut kepada user yang telah memberikan komen dibawah nanti diruangan MEDIA SPECIAL.

Info seperti dibawah:

GALLERY – Terbuka kepada UMUM dan menggunakan Google You Tube sebagai host penyiar.

MEDIA – Hanya kepada Ahli Berdaftar dan menggunakan WordTube dari server seladang.net

MEDIA SPECIAL – Hanya kepada Ahli Berdaftar yang mendapat kelulusan khas dari pihak kami.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Media

  1. anas

    teman sokong klip video yg bakal admin upload nanti..tak kiralah sape pun orangnya...kieta,khalid atau sape pun.

    mekasih admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. akuperak86

    terima kasih admin. teruskan usaha murni anda menyiarkan klip video pasukan kesayangan kita perak darul ridzuan

    ipoh mali talak sombong

    kejor yob kejor

    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    asalammulaikum,

    Lama dah tak berpeluang masuk sini sebab bz dgn kerja,tolong masukan nama teman sekali dalam senarai penerima video video tersebut

    terima kasih admin seladang dot net

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. THE SILVER

    dengan bangganya saya sokong, semoga pemain pemain yg mewakili perak cukup bangga dapat mewakili perak dengan pembikinan vedeo ini dan secara tk langsung mungkin menjadi tonik tambahan buat mereka apabila aksi dan sumbangan mereka divedeokan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. nu_Ox3r

    saya rasa xperlu letak effect.mcm saya peminat liverpool,saya boleh dikatakan,setiap perlawanan saya akn download goal clips.saya pernah berharap yang seladang.net juga buat begitu,hnya clips besa.xperlu efek2.saya sokong apa yang kalian buat!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. sEcoNd heARtbEAt

    sye rase bgos sgt2 idea niy...buat jerk...mesti ad yg tngok nyer nanti...hahaha...lg 1,xperlu effect yg keterlaluan,biase2 sdah lor....janji bole kami lihat gol2 yg mnrik dr player seladang...k?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.