Malaysia Vs PSV Eindhoven – Champions Youth Cup 2007 (review)

Malaysia Vs PSV Eindhoven - Champions Youth Cup 2007

Malaysia Vs PSV Eindhoven

Perlawanan terakhir dalam kumpulan D ini menyaksikan Malaysia akan beraksi menentang pasukan PSV Eindhoven. Perlawanan yang di jadual diadakan di Kuala Lumpur ini adalah peluang hidup mati pasukan Malaysia untuk kejohanan ini.

Seandainya mereka berjaya menewaskan pasukan PSV Eindhoven, sudah tentu peluang untuk mara kepusingan seterusnya agak cerah kerana pasukan Chelsea akan menentang pasukan terkuat kumpulan D iaitu Bayern Munich di Stadium Kuching pada waktu yang sama.

Semoga pasukan kebangsaan bawah 19 tahun Malaysia mampu membuat satu lagi kejutan dalam kejohanan ini untuk membuktikan bahawa keupayaan mereka mengikat pasukan Chelsea baru-baru ini bukanlah sekadar nasib semata-mata.

Diharap peminat bolasepak Malaysia dapat turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan negara yang terbukti mampu memberikan cabaran yang hebat kepada lawan.

Malaysia Boleh !

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)