Malaysia Vs Chelsea – Champions Youth Cup 2007 (result)

Malaysia Vs Chelsea - Champions Youth Cup 2007

Malaysia 0 Vs 0 Chelsea
10hb Ogos 2007
8.40 mlm

Chelsea mempunyai kemudahan infranstruktur yang bernilai jutaan pound untuk pemain-pemain muda berlatih dibawah kendalian mereka. Pemilihan pemain di jalankan diseluruh dunia untuk mencari hanya yang terbaik bersama dengan kelab mewah kepunyaan jutawan Rusia, Roman Abramovich.

Malaysia mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan baik untuk rantau ini manakala badan sukan bolasepak Malaysia sendiri iaitu FAM memang sentiasa bijak mencari alasan untuk menidakkan sebarang kritikan kepada mereka serta diterajui oleh pemimpin yang lapuk.

Namun keputusan seri hari ini bolehlah di ibaratkan sebagai satu kemenangan untuk pasukan Malaysia. Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa pemain kita sebenarnya mampu bersaing dengan pemain-pemain dari Eropah.

Alangkah baiknya jika kita telah mempunyai pembangunan dari akar umbi untuk mencari lebih ramai lagi bakat-bakat baru di dalam sukan bolasepak kita. Andai penulis menjadi Roman Abramovich tentu penulis sudah merasa malu yang teramat sangat dan memberhentikan jurulatih tersebut serta mengkaji semula senarai pemain-pemain yang beraksi ketika itu.

Sekalung syabas untuk pasukan remaja Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama negara serta membuktikan kepada FAM sendiri bahawa walaupun tanpa kemudahan yang baik serta perhatian serius FAM terhadap kejohanan Champions Youth Cup 2007, mereka masih mampu membuka mata dunia tentang kredibiliti rakyat Malaysia.

Semoga kecemerlangan ini diteruskan oleh pemain-pemain muda kita untuk mengangkat kembali martabat bolasepak negara ketempat yang sepatutnya.

Terima kasih skuad bawah 19 tahun Malaysia.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)