Helaian TM Liga Super Untuk 1 Ogos 2007

Bersama Yong Ayu

Setelah sebulan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Kejohanan Bolasepak Asia, kini kejohanan domestik, Liga Super 2006/07 bersambung semula dengan baki dua perlawanan sahaja lagi untuk ditamatkan.

Perak bertemu Terengganu pada 1 Ogos 2007 di gelanggang sendiri dan akan bertemu skuad Sarawak di Kuching tiga hari kemudian iaitu pada hari Sabtu, 4 Ogos 2007.

Ditakdirkan Kedah kecundang kepada Negeri Sembilan Naza pada 1 Ogos itu (di atas kertas agak sukar berlaku) dan Perak pula ditakdirkan menang dengan Terengganu, maka sahlah Juara Liga Super 2006/07 menjadi milik Perak.

Namun begitu Jika kedua-dua pasukan menang, Perak masih berpeluang untuk mendakap piala berprestij tersebut (yang belum pernah dimenanginya) jika berjaya mengatasi Sarawak pada hari Sabtu nanti.

Jangan kita hiraukan sama ada Kedah mengharungi tugas mudah atau berat dalam menyaingi Perak untuk menjadi juara Liga Super kali ini. Jangan juga kita hiraukan dengan berita Kedah ketiadaan 6 pemain utamanya dan terpaksa bertandang ke Brunei untuk perlawanan terakhir.

Anggaplah semua itu sebagai perang psaikologi oleh pihak berkenaan. Yang penting di sini, semua peminat dan penyokong Skuad Seladang sama-samalah berdoa agar skuad kesayangan kita memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.

Dalam pada itu jangan lupa untuk turun beramai-ramai ke Stadium Perak di Ipoh pada hari Rabu, 1 Ogos 2007 untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Perak bagi mengatasi Terengganu yang diberitakan mendapat penyerang baru dari Kazakhstan.

Setelah tamat perlawanan tersebut, maka bolehlah kita mengisi ruang-ruang kosong yang disediakan dalam Helaian Liga Super untuk 1 Ogos 2007 seperti berikut.

Helaian Liga Super 2007

Yong Ayu – seladang.net

Nota: Berita ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada pihak pengurusan seladang.net dan pihak pengurusan hanya membuat beberapa modifikasi kepada struktur ayat tanpa mengubah sebarang fakta atau makna yang ingin disampaikan didalamnya.

Likes(0)Dislikes(0)