Helaian TM Liga Super 2007 – Sabtu 4 Ogos 2007

Bersama Yong Ayu

Perlawanan pada hari Sabtu, 4 Ogos 2007 merupakan perlawanan penutup tirai Liga Super untuk musim 2006/07. Perlawanan pada malam ini juga merupakan perlawanan bagi menentukan pasukan manakah yang layak diberi gelaran sebagai Juara Liga Super 2006/07 – sama ada Kedah ataupun Perak.

Oleh kerana kedua-dua perlawanan tersebut sangat penting dan menarik perhatian ramai, maka RTM akan menyiarkan secara langsung salah satu daripada kedua-dua perlawanan tersebut. Mungkin untuk tujuan menjimatkan belanja dan mengurangkan kerenah, RTM telah memilih perlawanan antara Sarawak bertemu Perak untuk disiarkan secara langsung.

Sepertimana biasa pada setiap kali Perak terlibat dengan perlawanan liga Malaysia, sama ada Piala Malaysia mahupun Liga Super, saya menyediakan helaian khas untuk rujukan, panduan dan pengemaskinian oleh peminat setia Perak. Oleh itu disertakan bersama-sama ini helaian Liga Super untuk 4 Ogos 2007. Para peminat bolehlah mengemaskininya sendiri dan seterusnya membuat analisis jika berkenaan.

Dalam menyaingi Kedah untuk mengejar gelaran Juara Liga, Perak dikatakan mengalami suasana sedih dan pilu ibarat ‘anak ayam kehilangan ibu’. Ini adalah ekoran peletakan jawatan secara serta merta hari ini Presidennya iaitu YB. Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menyahut arahan Y.A.B Perdana Menteri.

Sementara itu pasukan Kedah ketawa riang tanpa terganggu emosi kerana Presidennya YB Dato’ Mahdzir Khalid masih lagi kekal sebagai Presiden. Dalam menempuh situasi seperti ini, wira-wira Seladang seharusnya memasang tekad untuk berjuang bersungguh-sungguh dan bermati-matian bagi menumpaskan Sarawak. Setelah itu barulah diserahkan kepada keadaan sama ada DPMM berjaya menjinakkan Kedah untuk kedudukan sekurang-kurangnya seri.

Dengan keputusan demikian, barulah Perak dinobatkan sebagai Juara Liga Super. Kata pepatah orang putih, ‘those who cry first will laugh last’. Sebaliknya ‘those who laugh first, will cry last’ (mereka yang menangis dahulu akan ketawa kemudian)

“Selamat berjuang wira-wiraku”

“Semoga Perak menjadi juara Liga Super tahun 2006/07”

Menaruh penuh harapan daripada,

Yong Ayu – seladang.net

Helaian Liga Super Sabtu 4 Ogos 2007times download.

Likes(0)Dislikes(0)