Pihak pengurusan seladang.net ingin memaklumkan kepada semua tetamu dan ahli berdaftar, bahawa pihak kami sedang dalam usaha untuk menyiapkan klip video khas aksi pemain-pemain pasukan Perak seperti Khalid Jamlus, Kieta Mandjou dan lain-lain lagi.
Bertepatan dengan usaha ini, pihak kami ingin mendapatkan maklum balas dari semua tentang perlukah video klip seperti ini disiarkan di ruangan Media. Persoalan ini timbul berikutan proses untuk menyiapkan klip video tersebut agak memakan masa dan dirasakan bahawa ianya membazirkan masa untuk disiapkan jika tiada pengguna yang ingin menontonnya.
Secara ringkasnya untuk membuat satu video klip khas yang bermutu memerlukan masa antara 8 - 12 jam untuk disiapkan dengan durasi/duration masa video hanya sekitar 2 hingga 3 minit sahaja setiap klip. Proses yang panjang ini adalah kerana banyak faktor-faktor effect yang perlu diserapkan kedalam video klip tersebut.
Kami berharap akan ada maklum balas yang secukupnya dari ahli semua tentang keperluan menyiarkan klip video seumpama ini di masa akan datang. Sila gunakan ruangan comment dibawah untuk meninggalkan sebarang pesanan atau sokongan terhadap usaha ini.
Pada masa yang sama jika sambutan yang diterima agak kurang memberangsangkan, pihak kami mungkin hanya menyiarkan klip-klip video tersebut kepada user yang telah memberikan komen dibawah nanti diruangan MEDIA SPECIAL.
Info seperti dibawah:
GALLERY - Terbuka kepada UMUM dan menggunakan Google You Tube sebagai host penyiar.
MEDIA - Hanya kepada Ahli Berdaftar dan menggunakan WordTube dari server seladang.net
MEDIA SPECIAL - Hanya kepada Ahli Berdaftar yang mendapat kelulusan khas dari pihak kami.
Terima Kasih
admin
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Pengumuman
- Pengumuman!
- Kaji Selidik | Posisi Penyerang
- Pengumuman | Directory & Forum
- Info | 5 Garis Panduan Melayari Halaman Ini
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Media





Saya sokong usaha pihak pengurusan utk menyediakan klip video tersebut.
teman sokong klip video yg bakal admin upload nanti..tak kiralah sape pun orangnya…kieta,khalid atau sape pun.
mekasih admin
terima kasih admin. teruskan usaha murni anda menyiarkan klip video pasukan kesayangan kita perak darul ridzuan
ipoh mali talak sombong
kejor yob kejor
skor yob skor
harap admin tak tinggalkan nama teman dalam senarai ahli yg sokong video ni…
huh..nasib teman perasan topik ni,teman sokong admin untuk siorkan video klip pada peminat semua.
teman x kisah video klip keita, khalid dan mana2 player yang penting untuk semua peminat keyor yob kejor….
asalammulaikum,
Lama dah tak berpeluang masuk sini sebab bz dgn kerja,tolong masukan nama teman sekali dalam senarai penerima video video tersebut
terima kasih admin seladang dot net
dengan bangganya saya sokong, semoga pemain pemain yg mewakili perak cukup bangga dapat mewakili perak dengan pembikinan vedeo ini dan secara tk langsung mungkin menjadi tonik tambahan buat mereka apabila aksi dan sumbangan mereka divedeokan.
saya rasa xperlu letak effect.mcm saya peminat liverpool,saya boleh dikatakan,setiap perlawanan saya akn download goal clips.saya pernah berharap yang seladang.net juga buat begitu,hnya clips besa.xperlu efek2.saya sokong apa yang kalian buat!!!!!
sye rase bgos sgt2 idea niy…buat jerk…mesti ad yg tngok nyer nanti…hahaha…lg 1,xperlu effect yg keterlaluan,biase2 sdah lor….janji bole kami lihat gol2 yg mnrik dr player seladang…k?