TM Liga Super - Sarawak Vs Perak (review)
August 3rd, 2007 by YB

04hb Ogos 2007
Stadium Kuching,
8.45mlm.
Perlawanan terakhir untuk persaingan Liga Super yang melibatkan semua pasukan serta hidup mati saingan merebut kejuaraan Liga Super antara skuad Perak dan Kedah.
Perak memerlukan kemenangan di tempat lawan manakala Kedah juga mengimpikan kejayaan yang serupa di Brunei. Yang membezakan antara kedua pasukan ini ialah Perak bakal ditemukan dengan pasukan kedua terbawah Liga Super iaitu Sarawak.
Sedikit gusar buat pasukan Kedah kerana mereka pasti berdepan sedikit masalah untuk menjinakkan DPMM Brunei yang kini menduduki tangga ketiga Liga Super. Yang lebih memeritkan lagi ialah mereka turut tewas pada perlawanan pertama yang terdahulu di Stadium Darul Aman dengan keputusan dua gol berbalas satu.
Jika keputusan nanti berakhir dengan Kedah seri di Seri Begawan dan Perak pula mencatatkan kemenangan di Sarawak maka perbezaan gol pasti menjadi kayu pengukur untuk mana-mana pasukan itu nanti dinobatkan sebagai Juara Liga Super Musim 06/2007.
Buat pasukan DPMM Brunei, kemenangan mereka keatas Kedah tidak akan mengubah kedudukan mereka ditangga ketiga Liga Super kerana perbezaan mata yang ketara antara Juara dan Naib Juara. Walaupun begitu kita berharap supaya DPMM Brunei bermain dengan bersungguh-sungguh demi menjaga semangat kesukanan disamping keputusan itu bakal mempengaruhi kedudukan Perak kelak.
Ramalan Penulis:
Sarawak 1 - 3 Perak
DPMM FC 2 - 2 Kedah
YB - seladang.net
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Sarawak Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Terengganu (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Terengganu (review)
- TM Liga Super - Perlis Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Pahang (review)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Liga Super - Sarawak Vs Perak (review)




