Posted in Media on August 29th, 2007 3 Comments »

Klip video ‘Tribute To Khairi Zainuddin’ ini hanya boleh ditonton oleh ahli yang telah berdaftar sahaja diruangan Media. Klip sepanjang 1 minit 25 saat ini memaparkan aksi beliau sewaktu bersama dengan pasukan Perak di dalam beberapa siri perlawanan TM Liga Super dan TM Piala Malaysia.
Idea untuk membuat klip ini tercetus sewaktu perlawanan Perak bertemu dengan Perlis di Stadium Ipoh tempohari yang berkesudahan Perak berjaya layak kepusingan separuh akhir TM Piala Malaysia setelah mengalahkan Perlis dengan keputusan 5 gol berbalas 1.
Pada perlawanan tersebut Khairi Zainuddin bersama penyerang Perlis iaitu Zacharia Simukonda telah dilayangkan kad merah setelah wujud konfrontasi antara mereka sejak awal mula permainan lagi. Akibat dari kad merah tersebut kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dan pasukan Perlis tanpa Zacharia Simukonda beraksi Continue reading
Posted in Umum on August 28th, 2007 4 Comments »

Dalam menentukan sama ada sesebuah pasukan itu mampu melangkah lebih jauh lagi, rekod perjalanan pasukan itu serta rekod pertemuan dengan pasukan lawan perlu diambil kira dan dinilai kembali.
Perkara ini tidak terkecuali bagi Pasukan Perak yang akan bertemu dengan Pasukan Sabah dalam pusingan Separuh Akhir, TM Piala Malaysia musim 2006/07 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 1 September 2007 di Stadium Tawau, Sabah.
Berkaitan dengan perkara ini, elok kita tinjau kembali rekod TM Piala Malaysia dua tahun kebelakangan yang melibatkan kedua-dua pasukan tersebut.
Pada tahun 2005, Sabah gagal memasuki pusingan Suku Akhir setelah tersekat di peringkat kumpulan lagi iaitu dalam Kumpulan A. Manakala pasukan Perak, dari Kumpulan D, telah berjaya memasuki hingga ke peringkat Separuh Akhir sahaja setelah disekat oleh pasukan Perlis.
Pada tahun 2006 pula, keadaannya masih sama Continue reading
Posted in Umum on August 21st, 2007 2 Comments »

Semua warga Perak mengetahui bahawa pada 15 Ogos 2007, Pasukan Perak telah berjaya mencairkan badinya dengan Perlis menerusi perlawanan kedua TM Piala Malaysia peringkat Suku Akhir dengan mengalahkan Perlis 5 gol berbalas 1. terdahulu Perak telah tewas 2 gol tanpa balas di pusingan pertama di Perlis.
Dengan jaringan itu Perak menyingkirkan penyandang Juara TM Piala Malaysia itu dengan aggregate 5 – 3. Dua tahun berturut-turut sebelumnya, Perak telah digagalkan oleh Perlis di peringkat Separuh Akhir TM Piala Malaysia iaitu pada tahun 2005 dan 2006.
Sebelum tahun 2005, Perak telah digagalkan oleh Sabah di peringkat Separuh Akhir TM Piala Malaysia secara berturut mulai pada tahun 2002 dan 2003. Kedua-dua tahun tersebut Perak telah bermain dalam keadaan hujan di Stadium Perak.
Walaupun Sabah telah berjaya memasuki peringkat Akhir TM Piala Continue reading
Posted in Umum on August 20th, 2007 10 Comments »
Pihak pengurusan seladang.net ingin memaklumkan kepada semua tetamu dan ahli berdaftar, bahawa pihak kami sedang dalam usaha untuk menyiapkan klip video khas aksi pemain-pemain pasukan Perak seperti Khalid Jamlus, Kieta Mandjou dan lain-lain lagi.
Bertepatan dengan usaha ini, pihak kami ingin mendapatkan maklum balas dari semua tentang perlukah video klip seperti ini disiarkan di ruangan Media. Persoalan ini timbul berikutan proses untuk menyiapkan klip video tersebut agak memakan masa dan dirasakan bahawa ianya membazirkan masa untuk disiapkan jika tiada pengguna yang ingin menontonnya.
Secara ringkasnya untuk membuat satu video klip khas yang bermutu memerlukan masa antara 8 - 12 jam untuk disiapkan dengan durasi/duration masa video hanya sekitar 2 hingga 3 minit sahaja setiap klip. Proses yang panjang ini adalah kerana banyak faktor-faktor effect yang perlu diserapkan kedalam video klip tersebut.
Kami berharap Continue reading