Perletakan Jawatan Timbalan Presiden FAM

Perutusan Khas Pengurusan Seladang.Net

Dengan rasa terharu pihak pengurusan seladang.net mengalu-alukan langkah bijak dari Timbalan Presiden FAM iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meletakkan jawatan beliau berkuat-kuasa serta merta hari ini.

Diharap dengan langkah bijak yang diambil oleh baginda akan turut disertai oleh mereka-mereka yang turut sama terlibat dalam kancah bolasepak negara yang telah semakin nazak akhir-akhir ini. Sesungguhnya peminat bolasepak di Malaysia amat dahagakan satu perubahan drastik di dalam kepimpinan FAM sendiri setelah lebih dari 20 tahun diterajui oleh individu yang serupa.

Terima kasih Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kerana sikap PROFESIONALISME baginda.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)