Pengumuman Penting !!!

Pihak Terlibat: Kumpulan Media Prima, Seladang.Net serta Black Parade United
Tarikh: Sabtu, 28hb Julai 2007.
Lokasi: Perkarangan Stadium Shah Alam.
Waktu: 10 Pagi.
Pakaian: Serba Hitam.

Dengan rasa sukacita pihak pengurusan Seladang.Net dengan kerjasama Black Parade United dan Kumpulan Media Prima ingin memaklumkan kepada semua penyokong dan peminat bolasepak Perak yang berpengkalan di sekitar Lembah Klang untuk turut sama hadir menjayakan satu slot rancangan yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Prima.

Rancangan ini akan disiarkan pada waktu perdana dan akan berkisar tentang masalah Bolasepak Negara yang semakin merudum sejak akhir-akhir ini.

Kepada penyokong pasukan Perak yang ingin hadir nanti digalakkan membawa bendera negeri Perak dan mana-mana banner yang bersesuaian untuk dipaparkan pada rancangan itu nanti.

Kepada mereka yang berminat sila tinggalkan pesanan dan komen anda di ruangan dibawah atau terus menghubungi kami secara email di bahagian Forum’

Sekian,
Harap Maklum.
admin

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Pengumuman Penting !!!

  1. Yob Utara

    Assalammulaikum,

    terima mail dari admin tentang hal ni, baguslah pada deme yang dapat turun nanti.Teman jauh nun di Perlis ni,kalau idak gerenti teman turun sekali.

    Kome2 penyokong perak yang ada kat KL turun ler support rancangan nih.

    Kiranya masuk rancangan mana satu ye,saje tanya

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Salam semua....

    Pihak pengurusan seladang.net masih lagi menunggukan gambar dari rakan sejawat kita untuk dipaparkan tidak lama lagi.

    Harap bersabar kepada semua.

    Terima Kasih

    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. webmaster Post author

    Saksikan malam ini (Rabu) di dalam rancangan 360 terbitan TV3 pada pukul 9 malam berkenaan isu bolasepak negara.

    Beberapa ahli komuniti blackparadeunited.com turut terlibat dalam menjayakan rancangan ini seperti dari Selangor FC dot com, Hijau Kuning dot com dan Seladang dot net.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.