TM Liga Super – Perak Vs TMFC (review)

TM Liga Super

13hb Jun 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Perlawanan wajib menang buat pasukan Skor Yob Skor demi untuk menjarakkan diri dari pasukan Kedah yang berkongsi mata didalam cabaran Liga Super kini. Perlawanan pertama dahulu di Stadium MBPJ menyaksikan Perak membenam cabaran TMFC dengan tiga gol tanpa balas.

Ahmad Shahrul Azhar menyumbang dua gol skuad seladang malam itu manakala satu lagi gol di jaringkan oleh Yusri Che Lah.Pada malam itu juga menyaksikan pemain perancang merangkap ketua pasukan skuad TMFC iaitu Hardi Jaafar telah dibuang padang berikutan kekasaran beliau terhadap R. Surendran. 

Untuk pasukan Kedah pula mereka akan menerima kunjungan pasukan Tok Gajah yang semakin tenat sejak kebelakangan ini. Walaupun demikian tidak mustahil pasukan Pahang mampu membuat kejutan untuk menundukkan pasukan Kenari kerana mereka pernah membuat kejutan dengan menewaskan Brunei di gelanggang lawan tempohari.

Pasukan Perak di lihat mampu memenangi perlawanan ini berdasarkan kepada keputusan terdahulu dan juga prestasi terkini jentera serangan Perak yang mampu meledakkan sehingga sembilan gol sewaktu membelasah Melaka di tempat lawan.

Diharap pasukan Perak bermain dengan cemerlang pada perlawanan itu nanti.

Ramalan penulis:
Perak 3 – 0 TMFC

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs TMFC (review)

  1. Raul hashim

    Perak menangnye. 4-0 tau. Khalid, 2 biji keita n shahrul sorang lg. Cayok Perak. Teruskan perjuangan mu. Kami ada sokong

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. wassap

    Alhamdulillah. Perak berjaya menewaskan TM Melaka dengan jaringan dua berbalas satu hasil jaringan Traore dan Khalid. Cemas jugak jugak game ni sebab kite kene dulu. Awak rase own goal dari keeper.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.