TM Liga Super – Perak Vs TMFC (result)

TM Liga Super

13hb Jun 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 – 1 TMFC

Pasukan Perak telah membariskan Nasril Nourdin, Azlan Zainal, Vedran Kukoc, Khairi Zainuddin, Danial Fadzly, R. Surendran, Traore Abdoulaye, Yusri Che Lah, Ahmad Shahrul, Keita Mandjou dan Khalid Jamlus pada permulaan permainan menentang TMFC di Ipoh malam tadi.

Pada awal minit ke-13 pasukan Perak dikejutkan dengan jaringan yang mudah oleh pasukan pelawat berpunca dari sepakan lambung ke arah pintu gol Perak tidak dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol iaitu Nasril Nourdin.

Tersentak dengan itu Perak mula bangkit dengan mengatur beberapa serangan bertalu-talu ke arah pintu gol lawan. Akhirnya pada minit ke 28 separuh masa pertama Perak menyamakan kedudukan hasil hantaran Danial Fadzly dari sebelah kanan ditanduk masuk oleh Traore Abdoulaye ke penjuru kanan gol TMFC.

Setelah berkedudukan seri Pasukan Perak meneruskan asakan hinggalah pada minit yang ke-31 Yusri Che Lah membuat hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol lawan disambut baik oleh Khalid Jamlus lalu menerjah masuk untuk gol kedua Perak. Kedudukan 2-1 berterusan hinggalah ke akhir separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula agak rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan. Pasukan Perak mengeluarkan Danial Fadzly dan memasukan Chan Wing Hoong pada minit ke-64. Seterusnya pada minit ke-74 Ahmad Fakri Shaarani menggantikan Yusri Che Lah. Begitu juga pada minit ke-80 R. Surendran dikeluarkan diganti oleh Wong Sai Kong.

Perak hampir menambah gol di akhir perlawanan tetapi tidak berhasil walaupun 3 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil Subkidin namun Perak berpuas hati dengan kemenangan 2-1 menewaskan TMFC.

Kemenangan ini amat berharga untuk mengekalkan kedudukan teratas liga yang diekori rapat oleh pasukan Kedah yang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 malam tadi.

harryhot - seladang.net

harryhot

Likes(0)Dislikes(0)