TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

TM Liga Super

02hb Jun 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm

Skuad Perak akan menanti kunjungan Pasukan Tok Gajah pada persaingan Liga Super yang menyaksikan pertemuan awal di Stadium Darul Makmur memihak kepada skuad Skor Yob Skor dengan keputusan 2 gol berbalas 1.

Pertemuan kali ini menjanjikan seribu harapan kepada penyokong Perak samada pasukan Skor Yob Skor masih lagi mampu menghambat pendahulu Liga Super, Kedah yang semakin mantap sejak akhir-akhir ini.

Dengan kembalinya 2 orang pemain iaitu K. Nanthakumar dan Shahrul Nizam Mustapa dari latihan skuad kebangsaan di Australia, ianya diharap dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada skuad Perak.

Untuk pasukan Pahang pula, kelibat Hairuddin Omar dan Norhafiz Zamani Misbah pasti mengisi semula impian penyokong mereka yang ketandusan aksi konsisten pasukan Tok Gajah sejak kebelakangan ini.

Turut dijangka akan menyarung jersi skuad Pahang kali ini ialah bekas penyerang sensasi mereka Indra Putra Mahyuddin yang telah pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Ini memperlihatkan kepada pasukan Perak supaya tidak memandang rendah akan keupayaan pasukan Tok Gajah, walaupun mereka telah tewas pada perlawanan pusingan pertama dahulu di Stadium Darul Makmur.

Taktikal serangan 3 serangkai iaitu Hairuddin Omar, Indra Putra Mahyuddin dan V. Saravanan pasti akan di guna pakai oleh pasukan Pahang dalam menggempur kubu pertahanan Perak yang mencatatkan kadar bolos yang paling sedikit di dalam persaingan TM Liga Super 06/2007 ini. 

Di harap pemain Perak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perjuangan untuk mendakap Liga Super tahun ini walaupun terdengar khabar berita yang mengatakan bahawa penjaring tersohor skuad seladang, Keita Mandjou akan berhijrah ke Persija Jakarta apabila kontraknya tamat pada 31hb Oktober nanti.

Satu perlawanan yang dijangkakan menarik dan sengit di antara dua pasukan ini.

Ramalan penulis:
Perak 1 – 0 Pahang

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

  1. Raul hashim

    Aku rasa le perakn boleh menang sok. kome jgn riso le. abg n dato K kan ada. sape lg kalo bkn keita n khalid. tp aku harap le pertahanan darby letak 4 orang. main 4-3-3. letak suren, keita n khalid. mesti power. tengah bg danial, shahrul n yusri main. keeper bg hamsani. dia ada pengalaman luas. aku harap le darby dengr ckp aku. kt kena menang. xblh cicir mata lg. ape2 pun aku tetap sokong perak wlaupun aku blajo kt kedah. kedah xkuat sbenornya. deme hrp pemain muda yg rajin je kejor bola. aku jangka perak menang 3-0.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.