TM Liga Super – Perak Vs Pahang (result)

TM Liga Super

02hb Jun 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm

Keputusan Penuh:
Perak 3 – 1 Pahang

Perak berjaya membenam cabaran pasukan Pahang di 10 minit akhir perlawanan walaupun keadaan terikat pada separuh masa pertama dengan keputusan satu gol sama. Gol pertama skuad seladang muncul seawal minit ke 5 melalui pemain sayap mereka Shahrul Nizam Mustapha.

Pahang juga turut bertindak garang dengan menyamakan kedudukan melalui bekas pemain Perak, V.Saravanan pada minit ke 33.

Ketika keputusan perlawanan di lihat seakan berakhir dengan keputusan seri, Keita Mandjou menceriakan penyokong skuad seladang pada minit ke 81 apabila menyumbat gol peribadinya yang ke 14 musim ini untuk Liga Super dan seterusnya menjadikan keputusan semasa 2 gol berbalas 1.

Pasukan Pahang yang kelihatan seperti tertekan, sekali lagi dihukum dengan gol ketiga pasukan Perak pada minit ke 84 oleh pemain muda Skor Yob Skor iaitu Ahmad Fakri Saarani.

Skuad Perak masih lagi berada pada kedudukan kedua liga super setelah pasukan Kedah turut mencatat kemenangan 2 gol berbalas 1 menentang pasukan Selangor. Perak mengutip 43 mata manakala pasukan Kedah pula dengan 45 mata dengan baki hanya 4 perlawanan sahaja untuk di lalui.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (result)

  1. Raul hashim

    Berjaya jugak team kt menang semalam. Berdebar aku tgk game semalam. ingatkan dah seri. nsb baik ada mandjou n fikri. Tahniah le yer. Keseluruhannya ok le. cuma serangan tumpul skt. bnyk pluang blh gol tp xada nsb. Harap darby lebih tumpu pd serangan. pertahanan dh ok walau sara dpt sumbat sebiji. aku respect shahrul le. dia main peranan penting smlm. apa2 pun kt bedal melaka lps ni. Aku berani yakin rabu ni perak dapat no satu. kedah seri dengan perlis nt. Darby jgn bimbang. Kami tetap sokong team perak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.