TM Liga Super – Melaka Vs Perak (review)

TM Liga Super

06hb Jun 2007
Stadium Hang Jebat, Melaka
08.45 PM

Dengan berbaki empat perlawanan, Perak harus meneruskan langkah cemerlang apabila bertemu dengan pasukan Melaka Rabu ini. Pertemuan pertama pada 21hb Febuari yang lalu memihak kepada skuad seladang apabila menewaskan Melaka dengan keputusan 2 gol berbalas 0.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Perak itu menyaksikan Khalid Jamlus dan Keita Mandjou, masing-masing menyumbangkan satu gol untuk memastikan Perak mengutip mata penuh yang menceriakan penyokong skuad Skor Yob Skor malam itu.

Pertembungan kali ini amat menarik jika dilihat dari sudut kedudukan semasa Liga Super. Perak sekarang menduduki tangga kedua Liga Super manakala Melaka ditangga kedua terakhir Liga Super.

Skuad Perak perlu menang perlawanan ini kerana disinilah ‘turning point’ untuk skuad seladang merampas persada liga super dari Kedah. Pasukan Kenari itu dijangka akan berhadapan tugas sukar untuk menjinakkan Perlis di gelanggang lawan setelah hanya menang 1 gol di Darul Aman pada perlawanan yang pertama.

Walaupun skuad seladang akan menentang pasukan yang boleh diketegorikan sebagai lemah, kita harus berwaspada kerana akan bertandang ke stadium lawan. Semoga pasukan Perak mampu memenangi perlawanan ini dengan keputusan yang baik.

Ramalan penulis:
Melaka 1 – 2 Perak

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Liga Super – Melaka Vs Perak (review)

  1. anas

    Team perak kena hati2 bila lawan team lemah macam melaka ni,takut terlebih yakin dan memakan diri pulak.

    Perak 3 Melaka 0

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    Ajernya betoi yob....perak tak boleh kaloh kali nie...
    ini ler pun masanye kite nak rampaih balik no1 dalam liga super skang nie...

    perak gerenti menang paling kurang pun 2 bijik jadi le

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.