TM Liga Super – Melaka Vs Perak (result)

TM Liga Super

06hb Jun 2007
Stadium Hang Jebat, Melaka
08.45 PM

Keputusan Penuh:
Melaka 0 – 9 Perak

Perak mencatatkan kemenangan bergaya dengan membelasah pasukan Melaka 9 gol tanpa balas di Stadium Hang Jebat semalam. Kemenangan ini turut di sambut dengan gembira oleh penyokong Skuad Seladang apabila pendahulu Liga Super, Kedah sekadar mencatat keputusan seri di Kangar menentang pasukan Perlis dengan keputusan satu gol sama.

Dengan ini penantian peminat skuad Skor Yob Skor untuk melihat pasukan Perak merampas semula kedudukan Liga Super sudah pun terlaksana. Kini hanya tinggal baki 3 perlawanan sahaja yang perlu di lalui oleh pasukan Perak dan Kedah untuk persaingan TM Liga Super 06/2007.

Keita Mandjou memulakan malam amukan seladang apabila menyumbangkan 5 jaringan gol pada minit ke 10, 13, 52, 54 dan 86, disusuli pula oleh jaringan hatrik Khalid Jamlus pada minit ke 50, 82 dan 83. R. Surendran turut sama mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke 60 untuk melengkapkan malam gemilang skuad seladang.

Perlawanan berikutnya menentang TMFC ialah pada 13hb Jun di Stadium Ipoh, Perak. Perlu di ingatkan bahawa cabaran TMFC tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga turut beraksi cemerlang dengan mangsa terbaru mereka adalah pasukan Terengganu yang ditewaskan dengan keputusan 4 gol berbalas 2.

Semoga Skuad Seladang meneruskan rentak cemerlang di dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super 06/2007 ini.

Skor Yob Skor

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Melaka Vs Perak (result)

  1. SeladangII

    Kejor Yoep Kejor... Skor Yeop Skor.... leh menang sedozen sebenarnya.. harap Keita dapat jadi penjaring terbanyak liga...
    Apapun ada 3 games lagi, harap momentom neh dapat dipertingkatkan lagi.. tapi lepas lawan ngan Telekom neh, macam susah sikit nak lawan Terengganu sebab stop Liga dalam 1/2 Bulan. Harap Darby dapat lakukan sesuatu moga prestasi Seladang tak menurun..

    Hidup aku.. hahahaha

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anas

    Syukur Perak menang malam tadi,kiranya satu bonus sebab menang beso dan dapat pintas Kedah.

    Kieta pulak kongsi tempat pertama dengan Sharezan said dari brunei untuk top scorer.

    Harap steve darby dapat kekalkan momentum kemenangan skuad seladang.

    skor yob skor........skor sampe deme tumpor memang kena dengan kemenangan ni :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    Gembira sebab perak menang game ni dengan jumlah yang besar tapi sedih sebab tak berpeluang ke melaka menonton sendiri aksi terbaik perak setakat ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    Akhirnya penantian terlaksana jugak. Satu permainan yang menarik di tunjukkan oleh Perak. Keita-khalid gandingan terbaik liga super setakat ini. Harap darby teruskan kemenangan ini. Lepas ini rehat lama. Takut prestasi jatuh. Kalo blh adakan perlawanan persahabatan bagi tingkatkan lagi persefahaman pemain. Kejor yob Kejor. Jgn toleh belakang lg. Pandu sampai garisan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.