Suku Akhir TM Piala Malaysia 2006/07

Bersama Yong Ayu

Saya tidak berapa pasti sama ada jadual yang ditetapkan oleh pihak FAM seperti yang tertera dalam laman webnya adalah muktamad.  Cuba kita perhatikan petikan jadual tersebut seperti berikut:

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia

Untuk makluman bersama, 8 Ogos 2007 jatuh pada hari Rabu, 9 Ogos 2007 pula pada hari Khamis dan akhir sekali 15 Ogos 2007 (pusingan kedua suku akhir) ialah pada Rabu.

Jika butiran jadual di atas adalah kekal, maka agak malang kerana perlawanan sepenting itu diadakan di pertengahan minggu dan bukannya pada hari cuti hujung minggu. Bermakna ia dijangka akan gagal menarik ramai peminat berkunjung ke stadium. Hanya mereka yang berada di kawasan sekitar sahaja yang akan berkunjung.

Saya juga tidak berapa pasti kenapa FAM menjadualkannya sedemikian rupa. Kenapa tidak diadakan pada hari Sabtu seperti yang lazim dilakukan pada musim-musim lepas. Mungkin agaknya pada hari-hari Sabtu itu FAM mempunyai aktiviti lain hingga terpaksa mengadakan perlawanan tersebut di pertengahan minggu.

Oleh itu saya merayu pihak FAM untuk menjadualkannya semula supaya semua perlawanan Piala Malaysia di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan pastinya Akhir diadakan pada hari Sabtu dan bukannya di pertengahan minggu. Setelah lebih sebulan berehat, tiba-tiba apabila perlawanan bersambung semula, ia diadakan pada pertengahan minggu dan bukannya pada hari Sabtu.

Yong Ayu – seladang.net

Nota: Berita ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada pihak pengurusan seladang.net dan pihak pengurusan hanya membuat beberapa modifikasi kepada struktur ayat tanpa mengubah sebarang fakta atau makna yang ingin disampaikan didalamnya.

Ralat: Artikel ini sepatutnya disiarkan pada hari Isnin 25hb Jun 2007, oleh kerana terdapat masalah teknikal maka ianya hanya dapat disiarkan pada hari ini.

Harap Maklum.

Likes(0)Dislikes(0)