TM Piala Malaysia – Sarawak Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

05 May 2007
Stadium Negeri Kuching

Keputusan penuh:
Full result

Sarawak 2 – 2 Perak

Robert Eshun m17 – Traore Abdoulaye m88
Robert Eshun m86 – Keita Mandjou m90

Dua jaringan pada lewat babak kedua menyelamatkan pasukan Perak dari tewas mengejut dengan pasukan Sarawak dalam kempen Piala Malaysia. Strategi pasukan Sarawak yang bermain secara bertahan sambil membuat serangan balas menerusi pemain berbisa mereka Robert Eshun ternyata berhasil membuahkan 2 gol.

Sewaktu permainan tinggal beberapa minit lagi pasukan Perak berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam masa 2 minit hasil dari kelekaan pemain Sarawak. Ini telah membuatkan rasa tidak puashati di kalangan penonton Sarawak sehingga berlaku sedikit insiden kekecohan di mana penyokong yang tidak berpuas hati telah membaling pelbagai objek kearah pemain Perak yang sedang masuk ke bilik persalinan.

sumber dari rakan di Kuching.

Perlawanan Akan Datang:
Next Game:

26/5/2007
Perak Vs Kedah
8:45:00 PM
Stadium Perak
Ipoh

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala Malaysia – Sarawak Vs Perak (result)

  1. razlan

    sungguh mengecewakan bila seri di kuching. namun, jika dilihat dari segi positif, perlawanan antara perak dan kedah nanti pasti meletup!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Keputusan seri di Kuching harus dilihat sebagai satu pengajaran dimana Perak sepatutnya menang dengan keputusan yang lebih besar kalau tidak kerana 2 tendangan penalti dari Kieta Mandjou dan Wong Sai Kong yang tidak masuk.

    Saya menerima laporan dari seorang saudara yang tinggal di Kuching kelmarin,mengatakan dia diserang dan dimaki hamun oleh penyokong Sarawak bila sahaja dia meraikan gol pertama dari pasukan Perak ketika itu.Ternyata penyokong Sarawak terlalu kecewa dengan menjadikan penyokong dan pemain Perak sebagai sasaran membaling pelbagai objek termasuk botol,kasut,dan kerusi.

    Bimbang dengan keselamatan,beliau telah lari dari tempat duduk beliau ketempat lain yang lebih selamat.Namun apabila gol penyamaan oleh Kieta pada minit-minit akhir perlawanan dengan tak semena-mena beliau yang sedang bergembira dengan gol itu dikejar oleh penyokong fanatik Sarawak.

    Untuk menyelamatkan diri beliau berlari keluar dari stadium dan bergegas pulang.Menurut laporan dari akhbar pula Steve Darby juga turut diserang sewaktu berada dibilik persalinan.

    Sepatutnya para penyokong Sarawak tidak menyalahkan mana-mana pasukan yang bermain dengan baik distadium mereka.Kalau prestasi pasukan mereka merudum,mereka sepatutnya menyalahkan pengurusan pasukan sendiri.

    Saya difahamkan bukan semua penyokong Sarawak yang bersikap demikian.Cuma segelintir sahaja yang telah mencemarkan nama baik penyokong Sarawak yang benar-benar setia dan berdisplin.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.