TM Piala Malaysia – Perak Vs Kedah (review)

TM Piala Malaysia

26hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Perlawanan terakhir bagi kumpulan C ini menyaksikan pertembungan dua pasukan di mana Skuad Kedah sudah pun layak kepusingan seterusnya manakala Skuad Perak perlu untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.

Penulis sebenarnya tidak terlalu risau dengan perlawanan ini kerana sekalipun Skuad Seladang tumpas pada perlawanan ini, pasukan Skor Yob Skor masih berpeluang untuk layak kepusingan seterusnya berdasarkan slot tempat ketiga terbaik kumpulan.

Sila rujuk semula artikel “Piala Malaysia – Menyusur Strategi”

Berdasarkan keadaan ini ada kemungkinan bahawa Skuad Kedah akan merehatkan beberapa pemain utama mereka yang bakal beraksi untuk saingan Piala Malaysia kerana keadaan jadual mereka yang agak padat untuk seminggu ini.

Selepas perlawanan dengan Skuad Seladang esok, Skuad Kedah akan melayan kunjungan UPB-MyTeam pada 29hb Mei untuk kempen Piala FA dan Skuad Selangor pada 2hb Jun nanti untuk persaingan Liga Super.

Walau apapun percaturan Skuad Kenari, Skuad Seladang tidak akan melepaskan peluang untuk mencatatkan kemenangan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan itu nanti.

Kemenangan amatlah perlu untuk pasukan Perak bukan hanya untuk melayakkan diri secara selesa di tangga kedua kumpulan C, tetapi yang paling penting ialah “MORAL” pasukan akan tetap utuh dalam usaha mengasak Kedah di persaingan Liga Super kini.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada Skuad Seladang pada perlawanan itu nanti. – Skor Yob Skor !!!

Ramalan Penulis:
Perak 4 – 1 Kedah

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)