TM Piala Malaysia – Perak Vs Kedah (result)

TM Piala Malaysia

26hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 – 1 Kedah

Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 agak sedikit hambar dimana skuad Kedah hanya menurunkan barisan simpanan mereka dan merehatkan beberapa tonggak utama.

Banyak serangan dilakukan oleh pasukan Perak pada malam itu namun kelihatan skuad Kedah lebih minat bertahan dan ini menyukarkan barisan hadapan Perak mencipta jaringan.

2 gol Perak disumbangkan oleh Traore Abdoulaye pada minit ke 60 serta Keita Mandjou pada minit ke 79. Gol tunggal Kedah pula diperolehi daripada sepakan penalti pada minit ke 88 oleh Mohd Bunyamin Omar.

Kekalahan pasukan Kedah tidak menjejaskan tempat mereka selaku pendahulu kumpulan C, manakala Perak pula dapat mempertahankan tempat kedua disertai oleh Sabah di tangga ketiga.

Melalui susunan undian awal yang telah dibuat oleh FAM, Perak akan bertemu dengan pasukan Perlis bagi saingan peringkat suku akhir Piala Malaysia. Perlawanan akan berlangsung secara timbal balik dengan pasukan seladang akan berkunjung ke Stadium Utama Negeri, Kangar pada 9hb Jun 2007 dan pada 16hb Jun di Stadium Ipoh, Perak.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)