TM Piala Malaysia – Menyusur Strategi

Berdasarkan ranking terbaru di kumpulan C dapat dilihat bahawa pasukan Perak sudah agak terjamin untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya berdasarkan kepada jumlah mata dan jaringan yang agak besar.

Walaupun diandaikan Perak kalah pada perlawanan terakhir nanti berdepan Kedah dan Sabah pula ditempat kedua dengan mengalahkan PDRM, kita masih lagi berpeluang dengan 2 slot pasukan terbaik dari 3 pasukan ditangga ketiga setiap kumpulan.

Pemilihan dibuat berdasarkan kepada 2 pasukan terbaik setiap kumpulan iaitu 6 pasukan ditambah dengan 2 pasukan terbaik dari 3 pasukan ditempat ketiga.

Review jadual perlawanan terakhir Kumpulan C :

26/5/2007 – Pahang Vs Sarawak
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perlawanan yang tidak membawa apa-apa makna kepada kedua pasukan.

26/5/2007 – Perak Vs Kedah
Stadium Perak, Ipoh

Kedah walau tewas tetap mendahului kedudukan liga manakala Perak masih layak walaupun tewas berdasarkan kiraan mata tertinggi dalam setiap kumpulan.

26/5/2007 – PDRM Vs Sabah
Stadium MPS, Selayang

Kemenangan PDRM memudahkan Perak ditempat kedua manakala kemenangan Sabah membawa mereka ketangga kedua dengan 18mata,diandaikan Perak tewas atau seri bertemu Kedah.

Review jadual perlawanan terakhir Kumpulan B :

26/5/2007 – Kelantan Vs Pulau Pinang
Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baru

Kelantan harus memenangi perlawanan ini dengan jaringan besar untuk mengintai peluang ke pusingan seterusnya sambil kemenangan P.Pinang tidak mengubah nasib mereka lagi.

26/5/2007 – ATM Vs N.Sembilan
Stadium Shah Alam, Selangor

Sekadar perlawanan mencukupkan jadual buat ATM manakala kekalahan N.Sembilan tidak menjejaskan peluang mereka mara kepusingan seterusnya.

26/5/2007 – Melaka Vs Terengganu
Stadium Hang Jebat, Melaka

Melaka hanya perlu seri untuk layak kepusingan seterusnya berdasarkan slot 2 terbaik dikedudukan ketiga setiap kumpulan. Jika mereka kalah maka keputusan perlawanan di Kelantan akan menjadi percaturan.

Kumpulan A masih lagi terbuka untuk kedudukan naib johan kumpulan manakala untuk slot 2 tempat terbaik tangga ketiga harapan adalah tipis.

Review jadual perlawanan terakhir Kumpulan A :

26/5/2007 – Kuala Lumpur vs Johor Pasir Gudang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Kuala Lumpur perlu menewaskan lawan mereka dengan jumlah jaringan yang cukup besar untuk meraih 15mata sambil berharap TMFC tewas atau seri untuk slot naib johan kumpulan. Jika TMFC menang mereka perlu menyaingi jumlah jaringan gol dari kumpulan C iaitu Perak atau Sabah itupun jika kedua-dua pasukan ini tewas pada perlawanan mereka nanti.

26/5/2007 – Melaka Telekom FC Vs Selangor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kemenangan TMFC perlu untuk menutup terus peluang pasukan K.Lumpur dan lain-lain sambil kekalahan Selangor tidak menjejaskan kedudukan mereka ditempat teratas liga.

26/5/2007 – Johor FC Vs Perlis
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Mana-mana pasukan yang menang dalam perlawanan ini masih lagi berpeluang layak sebagai naib johan kumpulan dengan syarat TMFC dan K.Lumpur tewas pada perlawanan mereka. Diandaikan kedua pasukan ini seri maka tertutup sudah peluang mereka tanpa perlu mengira keputusan perlawanan di venue lain.

Berikut perlawanan pusingan seterusnya timbal balik Piala Malaysia 2006/07

9/6/2007 Johan Kumpulan A (Selangor) Vs Ketiga Kumpulan B atau C

9/6/2007 Johan Kumpulan B Vs Ketiga Kumpulan A atau C

9/6/2007 Johan Kumpulan C (Kedah) Vs Naib Johan Kumpulan B

9/6/2007 Naib Johan Kumpulan A Vs Naib Johan Kumpulan C

Statistik menunjukkan bahawa 2 slot tempat ketiga dikuasai dari kumpulan B dan C berdasarkan jurang mata dan jaringan yang lebih baik dari tempat ketiga kumpulan A. Namun demikian mereka (Kuala Lumpur) masih lagi mampu melayakkan diri seandainya menang dengan jaringan yang cukup besar untuk mencabar tempat ketiga didalam kumpulan C. Manakala didalam kumpulan B pula tempat mereka telah terjamin kerana jumlah mata yang lebih tinggi untuk tempat ketiga yang dimiliki oleh pasukan Melaka.

Sebagai peminat bolasepak Perak kita berharap agar pasukan Seladang – Skor Yob Skor tidak memperjudikan nasib dengan mencapai kemenangan keatas Kedah. Kemenangan ini bakal mengubat luka Skuad Sang Seladang yang telah tewas 3 kali ditempat lawan berbalas 1 ditempat sendiri. Oleh itu gunakan kesempatan ini untuk mencalarkan moral Sang Kenari dari terus bermaharajalela.

Diharapkan perlawanan ini berlangsung dengan baik dan penuh semangat kesukanan demi kemajuan sukan bolasepak Perak khususnya dan Malaysia amnya.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala Malaysia – Menyusur Strategi

  1. razlan

    what a great analysis!!! something that has been missing in any local football website.. good job, YB

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.