TM Liga Super – Tiga Langkah Awal.

Kemenangan skuad Kenari keatas Johor FC dengan satu gol berbalas kosong di Stadium Darul Aman membuktikan mereka adalah bakal juara liga super 2006/07 meninggalkan skuad Skor Yob Skor dengan perbezaan sebanyak 5 mata.

Walaupun begitu skuad Seladang tidak perlu merasa gundah gulana kerana perbezaan kurang satu perlawanan untuk Perak mencetuskan satu harapan untuk menghambat pendahulu liga itu. Skuad Kenari telah pun bermain sebanyak 18 kali manakala Perak hanya bermain sebanyak 17 kali.

Berdasarkan ranking semasa pasukan Perak masih berpeluang untuk meraih kejuaraan liga super kali ini jika mampu menang keatas lawan mereka iaitu pasukan Selangor pada hari sabtu ini. Kemenangan itu bakal menyaksikan Perak mengutip 37 mata dan seterusnya memberikan tekanan kepada pasukan Kedah untuk perlawanan yang seterusnya.

Berikut adalah analisis 3 perlawanan akan datang bagi pasukan Perak dan Kedah untuk cabaran Liga Super 2006/07

3 Perlawanan Akan Datang Pasukan Perak.

12/5/2007 – Perak Vs Selangor
Stadium Perak, Ipoh

Seharusnya Perak tidak menghadapi masalah untuk membenam cabaran Selangor digelanggang sendiri kali ini setelah meraih kejayaan besar di tempat lawan pada perlawanan pertama dahulu dengan jaringan 4 gol berbalas 2.
Nisbah Peluang Kemenangan: 65% – 35%

19/5/2007 – Perlis Vs Perak
Stadium Utama Negeri, Kangar

Bermain ditempat lawan terutamanya melawan Perlis adalah amat memeritkan dimana pasti sahaja skuad Singa Utara ini juga tidak mahu terlepas dari kedudukan 3 teratas liga setelah agak mustahil bagi mereka untuk merebut kejuaraan liga kali ini.
Nisbah Peluang Kemenangan: 55% – 45%

2/6/2007 – Perak Vs Pahang
Stadium Perak, Ipoh

Kemenangan 2 gol berbalas 1 di Stadium Darul Makmur yang lalu dengan Khalid Jamlus sebagai pemusnah impian Pahang dapat dilihat sebagai satu jalan yang agak mudah bagi pasukan skuad Skor Yob Skor untuk mencapai kemenangan kali ini ditempat sendiri.
Nisbah Peluang Kemenangan: 60% – 40%

3 Perlawanan Akan Datang Pasukan Kedah.

19/5/2007 – Pulau Pinang Vs Kedah
Stadium Negeri, Batu Kawan

Selepas meraih kemenangan dua gol ditempat sendiri pasukan Kedah dirasakan tidak menghadapi masalah untuk menundukkan pasukan Pulau Mutiara ini ditempat lawan setelah prestasi semasa mereka juga agak tidak menentu.
Nisbah Peluang Kemenangan: 60% – 40%

2/6/2007 – Kedah Vs Selangor
Stadium Darul Aman, Alor Star

Dua gol dijaringkan oleh pasukan Kedah untuk membenam cabaran Selangor di Stadium Shah Alam ketika itu namun Selangor ketika ini adalah amat berbeza dari yang dahulu.Mereka mungkin mampu membuat kejutan kepada pasukan Kenari.
Nisbah Peluang Kemenangan: 65% – 35%

6/6/2007 – Perlis Vs Kedah
Stadium Utama Negeri, Kangar

Walaupun Kedah menang pada perlawanan terdahulu di Stadium Darul Aman namun kemenangan satu gol itu dilihat sebagai terlalu kritikal buat Kedah untuk menghadapi Sang Singa Utara. Kali ini mereka akan bertandang ke Stadium Utama Kangar untuk satu perlawanan yang dijangkakan menarik buat kedua-dua pasukan utara ini.
Nisbah Peluang Kemenangan: 55% – 45%

Berdasarkan fakta-fakta diatas dapat dilihat bahawa pasukan Perak perlu memenangi kesemua 3 perlawanan tersebut sambil berharap ada pasukan yang mampu menewaskan pasukan Kedah atau sekurang-kurangnya seri melawan mereka.

Perak sudah tidak boleh lagi kalah mahupun seri untuk 3 perlawanan ini kerana sebarang kekalahan dan seri sekadar mencacatkan perjalanan untuk meraih kejuaraan liga super buat julung kalinya. Diandaikan Perak memenangi ketiga-tiga pertemuan ini manakala pasukan Kedah pula hanya mampu memenangi dua perlawanan serta satu keputusan seri, maka Perak bakal menerajui pesada liga buat kali kedua itupun jika perbezaan gol masih lagi memihak kepada pasukan Perak.

Harapan semoga skuad kendalian Steve Darby mampu meraih semula kepercayaan peminat untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan dengan mencatatkan kemenangan. Marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada pasukan pada hari sabtu ini menentang musuh tradisi kita iaitu Selangor yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)