TM Liga Super – Perlis Vs Perak (review)

TM Liga Super

19hb Mei 2007
Stadium Utama Kangar,
8.45mlm.

Perlawanan yang dijangkakan sengit dan mendebarkan oleh skuad seladang setelah berjaya menumpaskan Perlis pada pertemuan pusingan pertama dengan dua gol jaringan Khalid Jamlus di Ipoh.

Perak sudah pasti kehilangan 2 orang pemain iaitu K.Nanthakumar dan Shahrul Nizam Mustafa manakala Perlis pula kehilangan khidmat Fauzi Nan yang mengikuti kem latihan kebangsaan di Australia.

Turut mengusarkan Steve Darby kali ini bilamana Perak turut kehilangan 2 lagi pemain iaitu Azlan Zainal yang mengutip kad kuning ketiga musim ini serta Khalid Jamlus sewaktu pertemuan dengan Selangor tempohari.

Sedikit kelegaan untuk kedua-dua pasukan apabila pemain pertahanan kiri Perak dan kapten pasukan Olimpik Malaysia iaitu S.Subramaniam dapat diturunkan manakala Azi Shahril untuk Perlis juga dapat beraksi kerana perlawanan pusingan terakhir kempen kelayakan Olimpik 2008 melawan Jepun adalah pada 6hb Jun nanti.

Perlis pasti membariskan Azlan Ismail yang tidak menyertai kem kebangsaan di Australia dan Phillemon Chepita dibarisan hadapan manakala Perak pula terpaksa berharap dengan sentuhan Keita Mandjou dan R.Surendran untuk menjana jentera serangan pasukan skor yob skor.

Perak tidak boleh tewas untuk pertemuan ini kerana pendahulu liga super, Kedah dijangka tidak menghadapi masalah menundukkan pasukan P.Pinang di stadium lawan setelah dijangka mendapatkan semula beberapa khidmat pemain skuad Olimpik pada perlawanan nanti.

Perlis pula setelah tewas berdepan Terengganu minggu lalu pasti akan cuba bangkit mengekang kemaraan Perak dari menghambat pendahulu liga super itu dan meraih semula sokongan peminat mereka setelah aksi yang kurang memberangsangkan untuk beberapa siri perlawanan sebelum ini.

Ramalan Penulis:
Perlis 1 – 2 Perak

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)