TM Liga Super – Perlis Vs Perak (result)

TM Liga Super

19hb Mei 2007
Stadium Utama Kangar,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perlis 0 – 1 Perak

“Menguasai tidak bermakna mampu memenangi” itulah ungkapan sesuai untuk pasukan Singa Utara apabila dikejutkan oleh Sang Seladang pada perlawanan yang secara keseluruhan dikuasai oleh pasukan Perlis.

Bermula pada minit pertama lagi pasukan Perlis mengasak hebat ke kubu Perak yang diterajui oleh Khairi Zainuddin,Vedran Kukoc dan S. Subramaniam.

Namun nasib nyata menyebelahi Perak apabila empat minit sebelum permainan berakhir, Keita Mandjou yang berseorangan diatas telah menerima hantaran kemas dari pemain muda Perak iaitu Ahmad Fakri Saarani yang seterusnya meluru pantas memintas kelibat pertahanan Perlis, Zami Mat Nor sebelum merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol Perlis pada malam itu Tay Sin Keat.

Perkara yang sama juga pernah terjadi kepada pasukan skuad seladang tempohari di Stadium Larkin apabila tewas mengejut dengan jaringan pada 15 minit terakhir perlawanan menentang Johor FC yang dikuasai oleh Perak sepenuhnya dari sepak mula.

Dengan kemenangan ini pasukan Skor Yob Skor telah membuat 2 langkah kehadapan seperti mana artikel yang terdahulu “Tiga Langkah Awal”. Tugasan Perak selepas ini untuk kempen Liga Super ialah pada 2hb Jun 2007 menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh.

Pada masa yang sama Kedah juga mencatatkan kemenangan bergaya dengan membelasah P.Pinang di gelanggang lawan dengan keputusan empat gol berbalas satu. Marlon Alex James sememangnya penyerang yang cukup berbisa apabila berjaya menjaringkan hattrik pada malam itu.

Kedah akan melayan kunjungan Selangor pada 2hb Jun 2007 nanti untuk kempen Liga Super di Stadium Darul Aman dan bertandang ke Stadium Utama Negeri untuk menentang pasukan Singa Utara,Perlis pada 6hb Jun 2007.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)