TM Liga Super – Perak Vs Selangor (review)

TM Liga Super

12hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat seladang setelah kejayaan pertama di Stadium Shah Alam yang lalu. Walau bagaimana pun Perak kali ini akan turun tanpa 2 orang pemain iaitu K.Nanthakumar dan Shahrul Nizam Mustafa yang mengikuti kem latihan kebangsaan di Australia sempena kejohanan Asian Cup 2007 dimana Malaysia adalah tuan rumah bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Selangor juga turut mengalami kesukaran ketika ini kerana mereka juga akan kehilangan khidmat 4 tonggak utama mereka iaitu Muhammad Shukor Adan, Akmal Rizal Rakhli, Mohd Safee Sali dan Mohd Fadzli Saari yang turut berada dalam senarai skuad kebangsaan.

Mungkin sedikit kelegaan kepada Perak dimana 3 pemain skuad Olimpik iaitu Ahmad Azlan Zainal, S. Subramaniam dan Mohd Nasril Nourdin akan dilepaskan untuk bermain oleh jurulatiah Olimpik Malaysia, Sathianathan kerana perlawanan seterusnya yang membabitkan pasukan Olimpik Malaysia adalah pada 16hb Mei ini di stadium MBPJ menentang Syria untuk kempen kelayakan Olimpik 2008.

Semoga kedua-dua pasukan akan mempamerkan permainan yang bermutu malam ini.

Ramalan Penulis:
Perak 3 – 1 Selangor

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)