TM Liga Super – Perak Vs Selangor (result)

TM Liga Super

12hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 – 0 Selangor

Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 ini agak merisaukan sebilangan penyokong pasukan Perak. Selangor yang rata-rata membariskan pemain muda berjaya membuatkan pertahanan Perak yang dikemudikan oleh Vedran Kukoc, Azlan Zainal dan Khairi Zainuddin pening kepala dengan serangan pantas mereka yang diterajui oleh Zaiza Zainal Abidin.

Walaupun tanpa 4 tonggak utama mereka iaitu Muhammad Shukor Adan, Akmal Rizal Rakhli, Mohd Safee Sali dan Mohd Fadzli Saari yang mengikuti kem latihan kebangsaan di Australia mereka masih mampu menghadirkan perasaan gementar para penyokong skuad Seladang pada malam itu.

Kesebelasan Perak pada malam itu ialah:

Nasril Nourdin

Azlan Zainal – Vedran Kukoc – Khairi Zainuddin

Danial Fadzly – T.Abdoulaye – Yusri Che Lah – Ahmad Shahrul – Chan Wing Hoong

Keita Mandjou – R. Surendran

Gol pertama Perak dihasilkan oleh R.Surendran setelah mendapat bola muntah hasil perebutan di udara oleh Traore Abdoulaye dengan penjaga gol Selangor pada minit ke 31 separuh masa pertama. Gol itu berpunca dari tendangan percuma Ahmad Shahrul kira-kira 25 meter diluar kotak penalti pasukan Selangor.

gol pertama Perak - R.Surendran

Separuh masa kedua bermula dengan Perak membuat pertukaran yang pertama dengan memasukkan Khalid Jamlus menggantikan Yusri Che Lah. Wong Sai Kong pula masuk pada minit ke 14 menggantikan Danial Fadly.

Gol seterusnya menyusul pada minit ke 62, hasil lontaran jauh kedalam kotak penalti Selangor oleh Azlan Zainal yang pada awalnya ditanduk sipi oleh Kieta Mandjou dan kemudiannya disudahkan dengan baik oleh Abdoulaye Traore untuk gol kedua Perak.

gol kedua Perak - Traore Abdoulaye

Satu misi untuk artikel “Tiga Langkah Awal” telah pun dilaksanakan dengan baik oleh pasukan Perak. Masih ada 2 misi lagi yang perlu disudahkan dengan sempurna dalam usaha mengejar pendahulu liga super iaitu Kedah Darul Aman.

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)