Ramalan Mungkin Menjadi Nyata

Bersama Yong Ayu

Liga Super 2006/07 hampir melabuhkan tirainya.Tinggal 5 perlawanan sahaja lagi untuk ditamatkan.Dua pasukan dari Utara yang dilihat bersaing sesama sendiri untuk merebut takhta liga ialah Kedah dan juga Perak.

Pasukan-pasukan lain yang turut menyertai perlumbaan juara liga pada musim ini ialah Terengganu, DPMM dan tidak ketinggalan Perlis.Namun begitu pasukan yang benar-benar bersaing untuk merebut takhta tersebut ialah Kedah dan Perak.

Walaupun Kedah bersemangat benar untuk merangkul kejuaraan liga kali ini,tetapi dengan sedikit sahaja tergelincir,Perak akan mengambil alih tempatnya.Kenyataan saya ini mungkin akan berlaku jika andaian perlawanan berbaki seperti di bawah menjadi kenyataan:

Jadual Liga Super Untuk Baki 5 Perlawanan Perak Vs Kedah

Daripada jadual rekaan di atas, pungutan mata bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut:

Perak – 4 menang dan sekali seri mendapat 13 mata + 40 = 53

Kedah – 3 menang, sekali seri dan sekali kalah mendapat 10 mata + 42 = 52

Penentuan siapa sebenarnya juara Liga Super musim ini pada hemat saya akan hanya dapat kita ketahui pada penghujung tempoh persaingan liga iaitu pada 4hb Ogos 2007. Jika ini berlaku, maka persaingan kali ini adalah sangat hebat dan mendebarkan. Perbezaan antara juara dan naib juara hanya dibezakan antara 1 hingga 2 mata sahaja.

Bagaimanapun, sebagai peminat setia pasukan Perak,saya tetap optimis dan mendoakan supaya pasukan kesayangan kita ini akan dinobatkan sebagai juara Liga Super bagi musim 2006/07,

InsyaAllah.

Yong Ayu – seladang.net

Nota: Berita ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada pihak pengurusan seladang.net dan pihak pengurusan hanya membuat beberapa modifikasi kepada struktur ayat tanpa mengubah sebarang fakta atau makna yang ingin disampaikan didalamnya.

Likes(1)Dislikes(0)

2 thoughts on “Ramalan Mungkin Menjadi Nyata

  1. razlan

    Bagi teman, perak tak boleh keciciran satu mata pun, yakni kena menang semua baki perlawanan sebab tak tau apa yg kedah boleh lakukan.

    kalau dicongakkan, memang kedah akan menghadapi dua pasukan yg kuat dan turut mengejar kejuaraan juga (perlis dan brunei dpmm - dua2 main tempat lawan pula) sementara perak mungkin hanya menghadapi tentangan yg hebat dari satu pasukan, terengganu.

    namun, perak harus berwaspada apabila menghadapi pasukan corot seperti melaka dan sarawak. jgn lupa apa yg berlaku masa main dgn johor fc (liga super) dan sarawak (piala malaysia). awas steve darby dan pemain2 perak. jgn leka dan alpa walau sesaat pun!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anas

    Ya betul,kalau tercicir mata antara dua pasukan ni kedudukan liga akan berubah.Sama ada Perak mendahului atau Kedah makin selesa.

    Nak harap pasukan lain agak ketinggalan berbanding 2 team nih.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.