Hutang Yang Belum Terlunas

Bersama Yong Ayu

Semua peminat bolasepak domestik mengetahui bahawa dalam kancah Liga Malaysia musim 2006/07, Pasukan Kedah telah mengalahkan Pasukan Perak sebanyak tiga kali seperti berikut:

kedah vs perak statistik stadium darul aman

Setakat ini Perak hanya berjaya membalas dendam di atas kekalahannya itu sebanyak dua kali sahaja seperti berikut:

perak vs kedah statistik stadium ipoh

Jadi, apakah peluang Perak untuk melunaskan hutangnya kepada Kedah untuk baki satu perlawanan lagi itu. Saya meramalkan bahawa Perak akan mencipta ruang bagi tujuan tersebut di perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 2006/07 dengan andaian seperti berikut:

A. Peringkat Suku Akhir

jadual suku akhir piala malaysia

B. Peringkat Separuh Akhir

jadual separuh akhir piala malaysia

C. Perlawanan Akhir

jadual perlawanan akhir piala malaysia 2007

Saya meramalkan keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Perak dengan Kedah sebagai 4-3 adalah berdasarkan aliran keputusan yang berlaku antara Perak dengan Kedah dalam usaha Perak melunaskan hutangnya kepada Kedah.

Jika kita perhatikan perlawanan awal Kedah bertemu Perak dengan keputusan 4-3, kemudian 2-1 dan akhir sekali 1-0. Setelah itu dalam pertemuan Perak dengan Kedah pula, keputusan perlawanan pertama ialah 1-0 dan kemudiannya berkesudahan dengan 2-1. Maka tidak mustahil, keputusan terakhir nanti ialah 4-3 memihak kepada Perak iaitu aliran keputusan yang diterbalikkan.

Dalam pada Perak meneruskan langkah perjalanannya menuju ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2006/07 ini, ia terpaksa terlebih dahulu menempuh liku-liku berduri yang sedia menanti. Oleh itu ia perlu melihat kembali dan menilai semula rekod lamanya yang boleh dijadikan iktibar.

Kaji di mana kelemahan kita dan tinjau kekuatan lawan. Jangan ulangi kesilapan lama yang mengakibatkan Perak menggigit jari gagal ke peringkat separuh akhir dan akhir. Rekod lampau Perak adalah seperti berikut:

1. Pada tahun 2002 dan 2003, Perak tewas kepada Sabah kedua-duanya di peringkat Separuh Akhir. Kedua-dua perlawanan kedua itu pula diadakan di Ipoh dalam keadaan hari hujan. Bermakna Perak tidak sesuai bermain dalam keadaan padang becak.

Dalam kata lain, Skuad Seladang perlu mensesuaikan diri untuk bermain dalam keadaan hujan lebat dan padang becak. Dalam keadaan ini, hantaran jauh sangat berkesan seperti yang dilakukan oleh pasukan Sabah pada tahun 2002 dan 2003 itu.

2. Pada tahun 2005, Perak terkandas di peringkat Separuh Akhir kepada Perlis. Pada perlawanan pertama di Ipoh, Perak 1 dan Perlis 2. Pada perlawanan kedua di Kangar, Perlis 1 dan Perak 0.

Perak menjangkakan dapat menewaskan Perlis di tempatnya sendiri kerana kemenangan Perlis adalah tipis. Rupa-rupanya Perlis lebih bersedia walaupun Perak menggempur habis-habisan ke kubu Perlis. Akhirnya Perak tewas di tangan Perlis

3. Pada tahun 2006, Perak juga terkandas di peringkat Separuh Akhir kepada Perlis. Perlawanan pertama di Kangar, Perlis 0 dan Perak 0. Pada perlawanan kedua di Ipoh, Perak 1 dan Perlis 2.

Perak terlebih yakin boleh menumbangkan Perlis di tempat sendiri di Ipoh kerana telah berjaya mengikat Perlis dengan kedudukan seri 0-0 di gelanggang lawan. Rupa-rupanya keadaan menjadi terbalik di mana Perlis berjaya mengalahkan Perak di Ipoh.

Kini tahun 2007 merupakan perlawanan ulangan antara Perak dengan Perlis pada tahun 2006 di mana perlawanan pertama akan diadakan di Kangar dan perlawanan kedua akan diadakan di Ipoh. Cuma bezanya kali ini ialah perlawanan di peringkat Suku Akhir sedangkan tahun 2006 di peringkat Separuh Akhir.

Saya ingin mengingatkan setiap individu yang bergelar pemain Perak termasuklah pengurusan dan jurulatih skuad Seladang. Jangan jadikan rekod pertemuan musim ini sebagai kayu pengukur di mana Perak telah memenangi kedua-dua perlawanan Liga Super bertemu dengan Perlis di Ipoh pada 7 Mac 2007 dengan keputusan 2-0 dan di Kangar pada 19 Mei 2007 dengan kemenangan tipis 1-0.

Perlawanan peringkat Suku Akhir Piala Malaysia adalah bebeza sama sekali jika dibandingkan dengan perlawanan Liga Super. Peringkat ini ialah perlawanan timbal balik secara kalah-mati di mana setiap pasukan tidak mempunyai banyak ruang untuk membetulkan kesilapan.

Lihat sahajalah keadaan pasukan Melaka yang berada di tempat kedua terakhir dalam carta Liga Super, tetapi berada di tempat kedua Kumpulan B bagi Piala Malaysia dan layak memasuki peringkat Suku Akhir Piala Malaysia musim ini.

Ingatlah wahai Pasukan Perak bahawa di bahagian pertahanan sering membuat kesilapan ketika menerima asakan lawan terutamanya ketika perlawanan hampir ditamatkan. Kerap kali pasukan lawan, sama ada berjaya mendapatkan gol untuk merapatkan kedudukan, atau membuatkan Perak kehilangan dua mata berharga setelah lawan menyamakan kedudukan.

Yong Ayu – seladang.net

Nota: Berita ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada pihak pengurusan seladang.net dan pihak pengurusan hanya membuat beberapa modifikasi kepada struktur ayat tanpa mengubah sebarang fakta atau makna yang ingin disampaikan didalamnya.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Hutang Yang Belum Terlunas

  1. nu_Ox3r

    pandang dulu perlawanan malam ini sebelum memasang impian besar.sabah bukan pasukan kerdil.mereka cukup gagah dalma piala malaysia.PERAK BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.