Helaian Piala Malaysia

Bersama Yong Ayu

Saya telah mengambil daya usaha untuk menyediakan helaian Piala Malaysia untuk perlawanan Ke-10 dan terakhir di peringkat kumpulan bagi musim 2006/07 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mei 2007.

Para pelawat seladang.net hanya perlu memasukkan gol di tempat kosong yang disediakan. Setelah itu mengubahsuai kedudukan semua pasukan dalam Kumpulan A, B dan C. Dengan itu dapatlah kita mengetahui pasukan mana bertemu dengan pasukan mana di peringkat Suku Akhir iaitu di Bahagian B helaian tersebut.

Pasukan Selangor dan Kedah telah sedia dimasukkan dalam ruangan tertentu kerana kedua-dua pasukan tersebut tidak akan tergugat tempatnya paling atas dalam Kumpulan masing-masing walaupun mereka kalah dalam perlawanan terakhir ini.

Jika kita perhatikan kedudukan pasukan dalam Kumpulan C, jelas kelihatan bahawa pasukan Perak telahpun layak/masuk ke peringkat Suku Akhir sama ada secara automatik (berkedudukan di tempat kedua jika menang ke atas Kedah) atau dua pasukan terbaik di tempat ketiga di kalangan ketiga-tiga kumpulan.

Setakat ini Perak telah mengumpul 15 mata. Jika kalah kepada Kedah, bermakna Perak akan berada di tempat ketiga Kumpulan C. Tempat ketiga terbaik ialah dalam Kumpulan B yang mengumpul mata sekurang-kurangnya 16 mata.

Bagi Kumpulan A pula, mata tertinggi yang mampu dikumpulkan oleh Kuala Lumpur ialah 15 mata jika ia menang ke atas Johor Pasir Gudang. Mata tersebut sama dengan Perak jika Perak kalah nanti. Bagaimanapun Perak mempunyai kelebihan dari segi jaringan gol.

Setakat ini perbezaan gol Perak ialah 11 sedangkan Kuala Lumpur hanyalah 2 sahaja. Bermakna Kuala Lumpur perlukan jaringan yang besar (lebih dari 10 gol) untuk layak ke Suku Akhir sekiranya kedudukan kekal seperti sekarang ini. Maka jelaslah bahawa Perak telah pun melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia musim 2006/07 ini.

Yong Ayu – seladang.net

Jadual Helaian Piala Malaysia – Word Document

Nota: Berita ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada pihak pengurusan seladang.net dan pihak pengurusan hanya membuat beberapa modifikasi kepada struktur ayat tanpa mengubah sebarang fakta atau makna yang ingin disampaikan didalamnya.

Likes(0)Dislikes(0)