Bila Ramalan Menjadi Nyata

Bersama Yong Ayu

Saya ingin merujuk kembali kepada artikel yang telah tersiar dalam seladang.net mengenai peluang pasukan Seladang mendakap Piala Liga Super musim 2006/07. Selain daripada fakta-fakta yang telah saya huraikan dalam artikel keluaran 21 Mei 2007 itu, berikut diperturunkan fakta-fakta tambahan bagi menyokong ramalan saya itu.

Apa yang saya perkatakan itu adalah didasarkan kepada aliran kedudukan Perak berbanding pasukan Kedah di sepanjang musim 2006/07 ini. Memang sejak dari awal lagi, pasukan Perak mengikuti rapat pasukan Kedah dan beberapa kali pasukan kita berada di atas pasukan Kedah.

Jika di peringkat awal musim, Perak memimpin carta, maka tidak mustahil Perak akan merampas kembali tangga teratas liga daripada Kedah dengan syarat pasukan Seladang dapat mengekalkan momentumnya bagi baki 5 perlawanan yang masih tinggal.

Bila ramalan menjadi nyata, maka penyokong setia pasukan Seladang akan tumpang gembira di atas kejayaan yang bakal dikecapi oleh para pemain skuad Seladang iaitu menjuarai Liga Super buat kali pertama semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Untuk makluman bersama, juara Liga Super bagi tahun 2004 ialah Pahang dan diikuti oleh Perlis tahun berikutnya.

Bagi musim 2005/06 pula Negeri Sembilan Naza mengambilalih carta. Pada musim 2006/07 ini pula, dua pasukan yang dilihat cerah untuk mendakap piala berprestij itu ialah Kedah dan juga Perak. Bagi penyokong skuad Seladang, sudah pastilah pasukan kesayangannya itu diharapkan akan menjulang piala tersebut pada musim ini

Liga Super 2006/07 – Aliran Kedudukan Perak Berbanding Kedah

A. Pusingan Pertama (sebenar)

pusingan pertama liga super (sebenar)

B. Pusingan Kedua (sebenar)

pusingan kedua liga super (sebenar)

C. Pusingan Kedua (ramalan)

pusingan kedua liga super (ramalan)

Nota: Jumlah petak dalam jadual di atas menjadi lebih daripada yang sepatutnya jika diambilkira perlawanan timbal-balik, adalah kerana ada kalanya perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan ini telah ditunda. Bagi Perak adalah perlawanan dengan Perlis. Bagi Kedah pula adalah perlawanan dengan Telekom FC dan Johor FC.

Yong Ayu – seladang.net

Nota: Berita ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada pihak pengurusan seladang.net dan pihak pengurusan hanya membuat beberapa modifikasi kepada struktur ayat tanpa mengubah sebarang fakta atau makna yang ingin disampaikan didalamnya.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Bila Ramalan Menjadi Nyata

  1. webmaster

    Pihak pengurusan seladang.net mengucapkan ribuan terima kasih diatas usaha saudara mengarang sebuah artikel yang berunsurkan analisa terperinci tentang pertembungan dua buah pasukan yang berada di persada Liga Super kini.

    Adalah diharapkan pembaca semua dapat memanafaatkan segala informasi yang diberikan oleh saudara di laman web ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB Post author

    Satu artikel yang mantap,bernas dan mempunyai fakta-fakta yang jelas dan aliran carta kedudukan pula perlukan satu penumpuan untuk dilakukan.Good job!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.