feed rss2

Archive for May, 2007

Penukaran Web Hosting

Perhatian Kepada Pengunjung:

Dengan ini diberitahu bahawa laman web seladang.net sedang melalui proses menukar
“hosting server” untuk kemudahan pengunjung yang melayari laman web ini.

Justeru itu pengunjung akan mengalami sedikit gangguan melayari kandungan laman web ini dan sebarang posting serta komen akan dihentikan buat sementara waktu.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, laman web ini dijangka akan kembali dengan lebih stabil dan pantas pada 1hb Jun 2007.

Haraf Maklum,
admin Continue reading

Hutang Yang Belum Terlunas

Bersama Yong Ayu

Semua peminat bolasepak domestik mengetahui bahawa dalam kancah Liga Malaysia musim 2006/07, Pasukan Kedah telah mengalahkan Pasukan Perak sebanyak tiga kali seperti berikut:

kedah vs perak statistik stadium darul aman

Setakat ini Perak hanya berjaya membalas dendam di atas kekalahannya itu sebanyak dua kali sahaja seperti berikut:

perak vs kedah statistik stadium ipoh

Jadi, apakah peluang Perak untuk melunaskan hutangnya kepada Kedah untuk baki satu perlawanan lagi itu. Saya meramalkan bahawa Perak akan mencipta ruang bagi tujuan tersebut di perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 2006/07 dengan andaian seperti berikut:

A. Peringkat Suku Akhir

jadual suku akhir piala malaysia

B. Peringkat Separuh Akhir

jadual separuh akhir piala malaysia

C. Perlawanan Akhir

jadual perlawanan akhir piala malaysia 2007

Saya meramalkan keputusan perlawanan akhir Continue reading

TM Piala Malaysia

26hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 - 1 Kedah

Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 agak sedikit hambar dimana skuad Kedah hanya menurunkan barisan simpanan mereka dan merehatkan beberapa tonggak utama.

Banyak serangan dilakukan oleh pasukan Perak pada malam itu namun kelihatan skuad Kedah lebih minat bertahan dan ini menyukarkan barisan hadapan Perak mencipta jaringan.

2 gol Perak disumbangkan oleh Traore Abdoulaye pada minit ke 60 serta Keita Mandjou pada minit ke 79. Gol tunggal Kedah pula diperolehi daripada sepakan penalti pada minit ke 88 oleh Mohd Bunyamin Omar.

Kekalahan pasukan Kedah tidak menjejaskan tempat mereka selaku pendahulu kumpulan C, manakala Perak pula dapat mempertahankan tempat kedua disertai oleh Sabah di tangga ketiga.

Melalui susunan undian awal yang telah dibuat oleh FAM, Perak akan bertemu dengan pasukan Perlis Continue reading

Helaian Piala Malaysia

Bersama Yong Ayu

Saya telah mengambil daya usaha untuk menyediakan helaian Piala Malaysia untuk perlawanan Ke-10 dan terakhir di peringkat kumpulan bagi musim 2006/07 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mei 2007.

Para pelawat seladang.net hanya perlu memasukkan gol di tempat kosong yang disediakan. Setelah itu mengubahsuai kedudukan semua pasukan dalam Kumpulan A, B dan C. Dengan itu dapatlah kita mengetahui pasukan mana bertemu dengan pasukan mana di peringkat Suku Akhir iaitu di Bahagian B helaian tersebut.

Pasukan Selangor dan Kedah telah sedia dimasukkan dalam ruangan tertentu kerana kedua-dua pasukan tersebut tidak akan tergugat tempatnya paling atas dalam Kumpulan masing-masing walaupun mereka kalah dalam perlawanan terakhir ini.

Jika kita perhatikan kedudukan pasukan dalam Kumpulan C, jelas kelihatan bahawa pasukan Perak telahpun layak/masuk ke peringkat Suku Akhir sama ada secara automatik Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]