TM Liga Super – Johor FC VS Perak (result)

TM Liga Super

7hb Apr 2007
STADIUM LARKIN JOHOR

Perak tumpas lagi kali ini dengan pasukan Johor FC di Stadium Larkin sabtu lepas dengan keputusan 1 gol berbalas 0. Keadaan padang agak sedikit becak tetapi pada aku masih ‘playable’ berbanding game2 yang terdahulu.

Jadi mengikut laporan satu akhbar yang mengatakan Darby tidak selesa dengan keadaan mutu padang memanglah tidak masuk akal. Aku meletakkan kekalahan ini 100% ditangan coach kerana salah percaturan dan tidak belajar daripada kesilapan.

Seperti biasa taktikal Johor FC memang mirip Telekom Melaka pada zaman kendalian Irfan Bakti iaitu bertahan sambil membuat serangan balas. Steve Darby sepatutnya telah belajar dari perlawanan pertama dahulu di Stadium Ipoh Perak yang berkesudahan seri kosong sama.

Johor FC masih menggunakan taktikal yang sama pada separuh masa pertama dan kedua. Inilah yang mendukacitakan aku sebab dia tidak belajar dari kesilapan itu. Walter Silva bukanlah penyerang yang prolifik namun jika kita melawan pasukan yang menggunakan taktikal 4 – 3 – 2 – 1 dengan 3 pemain tengah yang bermain sebagai ‘defend midfielder’ kita sepatutnya meletakkan pemain yang laju dan pantas dibahagian serangan.

Lineup Perak malam itu terdiri daripada

Hamsani

Azlan – Nantha – Subramaniam

Surend – Yusri Che Lah - Shahrul – Dolaye – Chan

Kieta – Khalid

Dengan lineup ini aku sendiri sebenarnya tidak nampak dimana rasionalnya dengan meletakkan Khalid Jamlus yang cukup ‘LAJU” itu pada awal perlawanan. Dimana Fakri Shaari???..ada dibangku simpanan dan dimasukkan hanya pada 20 minit terakhir perlawanan menggantikan Yusri Che Lah.

Kemasukan Wong Sai Kong pada 25 minit terakhir menggantikan Surendran yang jauh lebih pantas itu hanya satu pertukaran yang sia-sia. Sudahlah bertahan pun perlahan, menyerang pun tak kemana.

Kemasukan Wirat Nom pada 25 minit terakhir menggantikan Chan yang memang sepatutnya tidak perlu lagi berada dalam pasukan pada separuh masa kedua menceriakan keadaan. Satu set piece kencang dari Wirat menggamatkan penonton di stadium bilamana keeper Johor FC terlucut bola yang cuba ditahan itu dan nyaris gol dengan hanya sedikit melewati palang gol.

Secara umum semua penyokong yang biasa menonton perlawanan Perak di stadium pasti tidak lupa bagaimana kemasukan Wirat Nom pada perlawanan dengan N9 di Paroi tempohari telah banyak menjana jentera serangan Perak dengan hantaran cantik dan mencetus keputusan seri 2 sama walaupun ketinggalan ketika itu.

Namun ‘EGO’ seorang coach yang amat ‘PRO’ ini telah menidakkan tempat Wirat Nom dalam kesebelasan utama dengan alasan ‘Rotation System’. Pada aku sistem ini memang bagus tapi haruslah dilaksanakan dengan teliti dan mengikut jenis lawan yang akan kita hadapi.

Secara ringkasnya Johor FC hanya mengamalkan taktikal ‘ROGOL BOLA’ iaitu tendang sahaja kedepan samada ke kiri atau kanan wing mereka yang terbukti cukup laju.

Serangan banyak ditumpukan disebelah Azlan Zainal setelah cubaan merobek benteng Subra menemui jalan buntu kerana sentiasa dikekang baik. Dan untuk mengiyakan fakta ini lagi, gol juga dihasilkan dari sebelah Azlan oleh Walter Silva setelah mendapat hantaran ala ping pong dari kiri dan kanan sayap Johor FC.

Bahagian tengah sah milik perak 90% dengan serangan yang bertali arus tetapi tanpa arah tujuan!. Perak kerap juga membuat counter attack dengan bola dihalakan kepada Khalid Jamlus namun seperti yang ramai ketahui setiap kali dia mendapat bola pasti bola itu digeleknya beberapa kali selama 5,6 saat sebelum dihantar kembali kepada rakan di belakang!!!, Yaa..bukan ke depan tetapi kebelakang.

Statistik yang aku buat pada malam itu menunjukkan walaupun dalam keadaan menyerang Johor FC mampu bertahan dalam masa kurang 7 saat dengan 9 pemain telah siap sedia berada dalam kawasan masing-masing meninggalkan Walter berseorang dihadapan.

Jadi bagaimana hendak menjaringkan gol dengan pasukan yang asyik memasang “Pagar Ruyong 9″ ini ?. Jawapan mudah ialah penyerang kita pun mesti cukup laju untuk menghukum benteng mereka tatkala serangan balas dilakukan.

Kieta sudah hilang idea hendak merencanakan serangan kerana setiap hantaran yang dibuat kepada Khalid sentiasa sahaja berada dalam keadaan offside. Tidak kurang dari 9 kali offside malam itu untuk pasukan Perak dengan 5 khas kepada Khalid Jamlus sahaja.

Ada pada satu ketika itu Khalid mendapat peluang dan aku sendiri nampak kedudukannya yang sedikit offside. Khalid membuat turning pantas sambil merembat dan menghasilkan gol tetapi seperti yang aku jangkakan penjaga garisan pantas mengangkat bendera.

Alangkah indahnya kalau penjaga garisan itu orang Perak sendiri. Penyerang muda Perak Fakri Shaari juga mendapat 2 peluang menerusi tandukan dari sepakan sudut dan crossing tetapi apakan daya kerana Johor FC mempunyai 9 orang penjaga gol simpanan pada malam itu.

Kalaulah lineup malam itu seperti ini..

Hamsani

Azlan – Nantha – Subra

Surend – Yusri – Shahrul – Dolaye – Wirat

Kieta – Fakri

Aku berani mengatakan yang pertahanan Johor FC pasti berdepan masalah mengekang serangan pantas Perak malam ini. Tapi apapun nasi sudah menjadi bubur dan aku sendiri tidak sanggup terus berkeadaan begini selamanya.

Aku berharap pihak pengurusan tidak mengambil ringan perkara ini dan tekanan harus diberikan kepada Coach untuk memperbaiki mutu permainan. Jangan tunggu hingga pemain dan pihak pengurusan dicemuh peminat di luar stadium seperti mana yang berlaku di zaman Tony Netto dan Dato Jamal Rasdi.

Akhir kata aku ingin melihat pasukan Perak bangkit semula dari ‘EGO’ yang panjang dengan Darby lebih realistik dalam menyenaraikan pemain dan simpanan. Kepada pemain-pemain juga teruskan berusaha dengan gigih untuk terus mendapatkan sokongan dari peminat.

Man Of The Match
Nanthakumar

Rating Pemain:
Hamsani – 6.5
Azlan – 6.0
Nantha – 9.0
Subra – 8.5
Surend – 6.0
Yusri – 6.5
Shahrul – 6.0
Dolaye – 6.5
Kieta – 7.0
Khalid – 6.0
Chan – 5.5
Wong – 5.0
Wirat - 8.0
Fakri - 6.0

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)